18 Apr 2011

tahniah

pada sabtu yang lepas, selepas control one month seorang patient, saya cepat-cepat terus ke jakarta untuk konvokesyen sahabat-sahabat di sana. saja meraikan orang dah grad. berkenalan dengan keluarga mereka. berjumpa kawan lama merangkap adik beradik dan saudara mara mereka.

 doktor-doktor muda


bila lah nak berpeluang grad juga

kek dibuat sendiri oleh adik-adik 

semasa di sana, tiba-tiba F tanya "yana boleh tak drive dari sini ke Bekasi esok?"

sekejap sekejap. macam salah dengar kan?

*berpeluh-peluh*

tapi saya cakap "okay"

-_-"

pada hakikatnya, dalam hati cuak tak hengat. membayangkan jalanraya jakarta yang penuh pancaroba

ada berani berada di tengah-tengah keadaan begini? [kredit gambar]

atau begini [kredit gambar]

eh, kenapa tetiba?
oh. sebab semua yang dah biasa drive kena layan family yang datang. kak D pula baru habis department di hospital Bekasi, jadi harus angkut semua barang dari sana pulang ke jakarta. 

esoknya ada bulatan keluarga yang bahagia di bandung. saya merancang untuk pulang jam 8. tapi disebabkan tak ada khabar berita tentang memandu, saya anggap tak jadi je. (pandai-pandai anggap sendiri) pastu nak naik shuttle balik bandung. selepas semua emak-emak dan sanak saudara mereka keluar pergi berombongan cik kiah.

 dalam 5 minit sebelum bertolak, telefon buat hal, tetiba Ij call "akak, kak D cari akak"

er macam cemas je, tetiba kak D call "yana dah naik shuttle ke? akak baru dapat kereta. kereta tu sampai kul 9 kat hanan"

cut the story short, saya pun pergi ambil kereta dekat indomaret sebab pakcik yang hantarkan kereta tu tak tahu pergi hanan macam mana. 

ajak S sebab peneman, selepas S selesai berbulatan keluarga dengan adik-adik. pastu kami pun nak isi minyak. okaylah, jujurnya, tak pernah pun isi minyak T___T orang tangki minyak tu tanya nak isi berapa. jawab je "penuh" dengan konfiden. pastu dia tanya nak minyak mana. kat situ ada 4 ke 5 pilihan yang berbeza warna. loser again. hm, pick one pick one pick one. yeahhh memang loser. i know. tapi taknak nampak sangat macam noob pastu pick je yang kuning. yang penting konfiden. 

sebelum itu, saya dah set rule pertama ; TAK BOLEH sesat sebab sesat macam dah jadi middle name. kalau sesat memang nahas ah! tak ingat jalan pun, jangan sesat.
kedua, bertenang walau apa pun keadaan. tak kisah benda patut gelabah ke tak, tapi bertenang je.

masa dekat jalan raya, dah bayangkan macet (jam) yang Gi-la. tapi sangkaan kami meleset jauh. macet lagi maha dasat dari yang kami bayangkan!

-_-!! 

macet sebab ada sambutan milad PKS. dua line bas parking tepi jalan sepanjang jalan, satu jalan busway, jalan untuk kami yang biasa-biasa satu jalan je. 

semua orang pun dah mula nak potong-potong menyelit masuk line orang pastu yang nak masuk jalan busway. tapi saya tak mungkin masuk jalan busway sebab taknak cari masalah macam yang saya cerita pasal fishy sebelum ini. lama juga nak masuk hiway. tapikan memang style orang sini di jalan raya yang everything kena honk. tak boleh bagi can! redah saja semua!

bila dah masuk hiway, baru lega sikit, akhirnya sampai Bekasi. dari sana terus ke bandung.

sibbaik tak sesat. sebenarnya, bila kita dalam keadaan macam ini, pengharapan pada Allah yang paling tinggi kan. sebab tak tahu nak berharap pada siapa lagi. jalanraya yang tak biasa langsung. peranan S di sebelah pun sangat-sangat penting, dia tenangkan atau tolong tengok-tengok sign board ke apa. dan kita akan rasa lebih tenang sebab tahu ada orang bersama kita even orang itu pun sama tak ingat jalan. dan dan dan, niat kita sebelum apa-apa juga penting. set mind di awal perjalanan yang tentukan kita selepas itu. alhamdulillah tak gelabah ayam. mungkin. teehee ^^

kadang-kadang tu mungkin kita terlalu fikirkan sampai tak terbuat. atau terlalu berhati-hati sampai rasa takut. macam masa bulatan keluarga yang bahagia semalam, dalam apa jua kita nak buat, bila ada ujian, kita jangan anggap ia sebagai satu kesalahanan, tapi ia sebagai pengajaran. berbeza tu. belajar dari kesilapan. dan kerana itu, saya selalu bersyukur Allah memerangkap saya berada dalam bulatan ini, jika tidak, mungkin cara fikir saya lebih berbeza dan tak seberani ini.

saya tahu kak D merangkap murabbi takut saya tak sampai. 

jika kita tak berani sekarang, bila lagi ye tak? redah je ah.

8 comments:

arissa myana said...

wahhh... menarik kan melakukan sesuatu yg baru juga di luar kebiasaan? nikmatnya......fuhhhh...
hanya org yg prnah mngalaminya shja yg mngetahui iA :)

tunggu ur graduation pula.bila ya?

everlasting said...

salam,,kak yanaaaaaaaaaaaa^__^^

S@F said...

baru faham kisah sbnr..hari itu blur yg amat..patut la hr tu sampai temimpi2,pelik jugak ape mendela yg merisaukan sgt..rupa2 ini..tahniah dah bjaya tuk bermula..jap lg x perlu byr shttle
anyway,S dan F,adakah individu berbeza?scary..

everlasting said...

different la btwen S n F..

Liyana said...

muna: sebab kali pertama..

muna, tak tahu lah grad bila.. terasa macam lama lagi je...

Liyana said...

everlasting: wsalam.. eh, ijan! :)

Liyana said...

S@F: dah dapat shuttle murah! tapi bengang dengan citi, tapi tak tulis.
oh, dua tu berbeza..

Balqis Riza said...

berani gule ko..kalau aku, jgn harappp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...