19 Apr 2011

sebuah dedikasi: kita berpisah


berpisah kredit gambar

perpisahan itu memang menyakitkan. tapi percayalah, wujudnya perpisahan yang indah. seperti perpisahan orang mukmin dengan dunia, ia menuju ke syurga, perpisahan dua kekasih kerana menjauhi maksiat, ia menuju redha Allah, seperti perpisahan pentaubat dengan maksiatnya. sungguh, ia penghapus dosa. perpisahan kerana Allah, dua sahabat diantara benua, indah kerana percaya pasti akan adanya pertemuan lagi di syurga abadi.

seperti perpisahan pengikrar shahadatul haq dengan jahiliah, ia membangun sebuah kehidupan baru.

betapa kita boleh menafsirkan sesuatu menggunakan kaca mata berbeza dengan maksud yang berbeza jika kita mahu bukan?

buat sahabatku nun jauh di sana.
ingin sekali aku nukilkan ini kepadamu di wadah yang biasa kita sering gunakan.

tapi saat ini aku lebih betah di sini. mungkin.

*tarik nafas*

bukan mudah bukan, bertambahnya usia kita, semakin besar tanggungjawab kita, semakin besar juga cabaran yang terpaksa kita tempuh. kau, dengan duniamu, aku juga dengan duniaku.

biarku ceritakan, 
setiap hari aku berdepan dengan dunia impian ku selama ini. mahu berbudi kepada jiwa-jiwa kosong. yang mahukan keyakinan dalam senyum penghias wajah.

ku kira sudah besar khidmatku untuk akhirat, tapi ternyata tidak. setiap hari aku berhadapan dengan jahiliah di mana-mana. benar dan salah aku sendiri pun sudah mulai merasa sulit untuk bezakan. segalanya benar-benar mengelirukan, kini baru ku sedar. hanya iman yang benar-benar mantap dapat membezakan keduanya dengan jelas dan ternyata aku belum sampai di tahap itu

keimanan ku masih lagi lemah dan goyah. 

bila aku kembali dari mengerjakan duniaku, baru aku sedar. aku masih dibawah. baru kusedar, aku belum layak di gelar akhwat. aku masih lagi amfibia yang belum cukup lantang meluahkan pendirian. aku masih lagi berada di dua dunia.

aku masih lemah.

tumblr

dan ternyata, kau juga menghadapi perkara yang sama. banyak perkara yang kita sudah tahu, tapi mungkin belum mampu membasahkan hati kita untuk difikrahkan di jiwa. di sini aku mahu kongsikan apa yang kutahu.

sahabatku, 
ketahuilah, perpisahan itu ertinya berlepas diri. kita haru berlepas diri dari segala tekanan, kekangan jahiliah yang membuatkan kita sukar untuk maju. 

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”...

sejarah mengajar kita, kisah nabi ibrahim. perpisahan secara total dengan kata-kata yang tegas biarpun mereka berada dalam jumlah minoriti di tengah-tengah rakyat pemerintahan Namrud.

sahabatku, 
ketahuilah berpisah itu ertinya ujian cinta. kita pernah dengarkan, kisah bagaimana para mua'llaf sejati. tentang golongan sahabat terdahulu, tentang ujian mereka ketika terpaksa dihalau dari rumah, kisah mereka terpaksa berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai. dengarkan kisah kemewahan menuju kefakiran demi redha Allah. masih ingat kisah mus'ab bin umair? suhaib arrumi? kisah abu bakar? dengarkan semua kisah itu agar dapar memahamkan kita tentang ayat Allah ini

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

ketika pengikrar menyatakan perpisahan dengan musuh jahiliah, di sinilah titik tolak permulaan ujian; bahawa ia siap menerima ujian untuk melengkapi syarat kelulusan sebagai mukmin.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

keluarga yassir yang dibunuh secara hina semata-semata kerana berpisah dengan jahiliah namun dijanji syurga oleh Allah. khabab ibn al arats, dipanggang hingga cairan tubuh memadamkan api tersebut begitu rasa tersiksa  hingga berkata kepada rasulullah "ya rasulullah, tidakkah engkau menolong atau berdoa untuk kami?"

wajah mulia itu berubah kelat lalu berkata

"orang-orang sebelum kalian ada yang disiksa dan ditanam hidup-hidup. kemudian gergaji diletak atas kepalanya, kemudian dibelah dua dan disisir dengan sikat besi hingga tinggal kulit dan tulang. itu semua tidak memalingkan mereka dari agamanya. demi zat yang jiwaku di tanganNya, Allah akan menyempurnakan urusan ini sampai seorang penunggang berjalan sendirian dari shan'a he hadhramaut dan tiada ditakuti kecuali Allah, dan tidak takut serigala akan memakan kambingnya, tapi nampaknya kalian tergesa-gesa!"

nah, apa yang mereka lalui bukan sekadar kesengsaraan. jika dibandingkan dengan kita. apalah yang ada pada kita. keimanan yang sepertinya lebih nipis dari kulit bawang atau sepersis dengannya! kenapa kita sering menangisi sesuatu yang sepele?

hal dunia hanya hal sepele? tumblr

sahabatku,
ketahuilah bahawa perpisahan itu ertinya berbeza. tiada ertinya perpisahan secara fizikal sekiranya jiwa masih terikat. tiada kemerdekaan sejati jika  yang jauh dimata tapi masih dekat dihati. kemerdekaan dari jahiliah adalah kemerdekaan dari segala jenis keterbelengguan dalam perasaan, pemikiran, ucapan dan tindakan. 'KITA' merdeka untuk menegakkan apa? mentauhidkan siapa? untuk memakmurkan apa?

seharusnya dalam kehidupan seharian, seorang mukmin harus mempunyai karakteristik dan identiti special. tidak sama dari yang 'lain'. 

Dan tidaklah sama orang buat dengan orang yang melihat.

Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang,

Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya.

kadang-kadang aku juga cerminkan diriku, sudah cukup mukminkah karakterisitik dan identitiku? bagaimana dengan ucapan ku? tindakanku? cara pandangku? adakah sudah berada dalam sibghah (celupan) yang benar?

masih jauh

kenapa kita harus berbeza? sahabatku, bila kita kita tak ada bezanya dengan yang 'lain', maka keterpautan hati lebih mudah menjangkit. seperti dua orang dengan ciri khas budaya asia bertemu di eropah, jadilah kedekatan, lalu bercampur pola fikir dan tindakan.

tapi itu tidak bermakna kau harus terlalu berkeras. kerana

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

mungkin kerana itu gerak kerja punah, kerana imanku yang masih lemah. mungkin juga kerana itu terlalu banyak rintangan, kerana jahiliahku masih bersisa. mungkin kerana itu terlalu banyak dugaan, kerana imanku. masih belum cukup berbisa. 

manusia itu hanya dua, mempengaruhi atau dipengaruhi. tanyakan diri kita, yang mana satu. jika belum kuat mempengaruhi, elakkanlah dirimu dari dipengaruhi.

TT_________TT

ilham datang dari Allah
sharing dalam bulatan keluarga yang membahagiakan
SBASM salim a fillah

7 comments:

takde nama said...

wahh..gaya bahasa kali ni different dr yg smalam ..Allahamdulillah,Y hr ni jauh berbeza dgn Y dulu sy kenal.. trus Y,jgn berhenti, moga Allah teguhkan kita tuk trus berada di jln ini,
moga Allah pimpin kita,agar mampu melihat yg hak dan yg batil..

Liyana said...

takde nama:

ikut mood sikit..insyaALLAH..ameen, semoga segala doa kembali buat kamu, terima kasih sebab sudi singgah :)

kawan Liyana said...

T_T

arissa myana said...

deep n touching. every start would have an end, yet in life,every end is just a new beginning.

sebuah dedikasi: kita berpisah T___T

p/s: berpengaruhkah saya?

Liyana said...

kawan Liyana: T_________T

arissa myana: ya, kita berpisah biarpun pahit kan.

p/s: soalan buat diri saya juga..

Cik Esah said...

terkesan.
bertemu dan berpisah
mereka kata itu lumrah alam
tanyalah pada sesiapa
siapa yang rela berpisah setelah lama berkongsi.

sangat masuk ke dalam hati

Liyana said...

Cik Esah:

berpisah dari definisi yang kita sendiri cipta, memang payah.

terima kasih kerana sudi singgah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...