18 Mar 2011

sabarlah sikit


tertarik. jika satu benda terkena tarikan, mesti benda itu yang terdorong menuju ke arah tarikan itu kan. kalau dalam buku syeikh X kata tarikan ada dua. tarikan iman, dan tarikan jahiliah. mendorong kita melakukan perkara yang meningkatkan keimanan atau kejahiliahan. tarikan lain graviti pun ada dan tarikan yang selalu-selalu dikaitkan dengan hidup, opposite attraction.

tarikan terhadap satu perbezaan macam kutub magnet yang berbeza, begitu juga manusia, tertarik dengan berlainan jantina. ianya fitrah yang Allah ciptakan. maka, islam diturunkan untuk membentuk dan melentur fitrah menjadikan manusia semulia-mulia ciptaan atas muka bumi. seperi haiwan juga punya tarikan seperti ini, cuma haiwan tak ada pegangan yang harus diikuti. jadi, jika situasi ini berlaku pada manusia juga, adakah manusia harus bertindak seperti haiwan juga?

pernah dengar bagaimana islam mengajar berpasangan sebelum nikah? ada? memang kita ada perasaan itu, namun simpanlah dalam-dalam dan berdoa supaya ianya terpelihara dan di salurkan dengan cara baik dan benar. cinta dan kasih sayang juga fitrah.

masanya pasti sampai dan dan tarikan buat kita juga pasti ada, jika tidak dijemput di sini, mungkin di syurga. cumanya, kita mahu dipertemukan dengan dia dengan cara yang paling mulia atau sebaliknya. jika kita yakin pada Allah, kita tak risau kan. Doalah supaya Allah permudahkan semuanya, jika kamu dah terkena tarikan itu, tak perlu bertindak sendiri. jika kamu seorang akhwat, carilah cara yang terbaik dan paling mulia. supaya tak timbul fitnah nanti.

kan lebih cantik jika kita menangkan iman dan Allah di hati kita berbanding al hawa? yakinlah pada janji Allah..

kuncinya hanya perlu sabar.
sabarlah sikit....

2 comments:

arissa myana said...

menarik... menarik... :) hehee (berfikir dalam hati)

Liyana said...

dalam hati je? tanak kongsi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...