16 Mar 2011

ideal


tak tahulah mana datangnya mood ini. mungkin sebab tadi kena buli dengan doc. -_-" baru lepas liqa dengan phone. sebab jauh. tapi macam sedih sebab bila rindu nak bersua muka segala. tapi terhalang dengan urusan dunia yang menekan-nekan. teringat minggu lepas. lepas oncall, dia terus datang ke sini. tapi dalam keadaan yang sangat-sangat penat. tak tidur lebih 24 jam. tertidur. esoknya harus beri pengisian penting, selepas itu baru liqa kami. tapi sempat 30 minit je.

baru sekarang dapat rasa, kita mahukan liqa yang benar-benar ideal. tapi dalam satu masa, kita akan hadapi ada diantara kita yang memang susah nak dapatkan sesi berjumpa yang ideal. paling-paling pun berusa muka. berpeluk lepas rindu dan bertanya khabar iman masing-masing. sudah jadi cukup

ya, tak semestinya sesuatu yang ideal itu, paling barakah dan memberi hasil paling maksimum. semoga yang sedikit, Allah beri kefahaman yang lebih

kalau lihat betapa gigihnya dia dari tempat oncall yang jauh, sebab dia sangat faham, apa peranan dia. tugas yang besar harus terlaksana

rasa macam tak patut lah kan, lepas dah tahu apa yang berlaku pada masa lampau, dan tahu peranan kita, tetiba kita masih lagi dibelenggu dengan kejahiliahan. walaupun dah tahu dunia macam dah rosak kan.

entah ah

kadang-kadang tu frust juga.

bila kita betul-betul, memang akui yang kesal tentang betapa kita terlalu melebih-lebihkan alat yang kita ada sehingga terlupakan matlamat kita atas muka bumi ini, tapi kita masih sama macam kita yang sebelum ini.

lagi frust kalau orang yang oncall tak tidur yang beri pengisian itu, kongsi apa yang dia faham supaya kita juga faham. tengok kita masih sama.

bukan kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. [2:272]

padahal tak patut frust pun sebenarnya kalau benar-benar ikhlas niat tu kerana mahu redha Allah. bukan kerana lain. tak perlu rasa penat.

memang hebat lah orang itu, tak frust langsung.

rasa macam tak patutlah, betapa pengorbanan orang lain yang sangat tinggi, untuk kongsi kefahaman dalam agama tapi kita sia-siakan. kita, macam jauh je lagi nak jadi orang yang sama-sama tarik tali panji untuk tegakkan islam di puncak ustaziatul alam kan. kalau jihad atas diri sendiri pun susah nak handle.

kasihan

***

p/s: mungkin bila kita mencari alasan untuk selamatkan diri dari jalan ini, tapi sebenarnya Allah nak tendang kita dari jalan ini.

2 comments:

arissa myana said...

semoga terus bertahan dan bertabah ya!

inshaAllah, semuany akan ok :)

kita kn ada DIA?

senyum!

Liyana said...

kita ada Dia..

*senyum*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...