18 Mar 2011

fishy


ada satu scene dalam cerita alangkah lucunya negri ini yang kelakar, tapi macam buat saya terfikir. dialog antara polis yang mahu menangkap budak-budak yang menjual kecil-kecilan dengan seorang lelaki namanya muluk tak silap.

muluk: pak, saya yang suruh diorang ngasung, tangkap je la saya. mereka hanya cari rezeki yang halal dah itu je yang diorang boleh buat

polis: ini peraturan! tak boleh mengemis atau mengasung! menganggu lalu lintas tahu?!

muluk: oh, kalian rasa terganggu dengan orang mengemis dan mengasung, tapi tak terganggu dengan orang korupsi yang memiskinkan kalian? 

polis: tapi koruptor tak ganggu lalulintas

muluk: patutnya korang tangkap semua koruptor, diorang yang memiskinkan negeri ini!

polis: tapi tu bukan tugas kitorang

muluk: korang tak kesian ke? diorang cari rezeki yang halal! biarkan mereka yang miskin mencari rezeki yang halal!

*polis konfius*

polis: kalau camtu, dia saja yang kita tangkap!

(dialog lebih kurang macam ini)

nota kaki: ngasung itu dia jual macam jajan bawa dalam kotak kayu kecil.

kalau di sini, jika angkot berhenti sebab lampu merah, pasti ada anak-anak kecil menyanyi sambil mainkan akulele atau alat musik buatan sendiri guna penutup botol, takpun jual bunga, jual air, yang paling ekstrim jual lesung batu, angkat pakai belakang. semua itu nak cari sumber pendapatan

kalau diikutkan fikiran yang meliar jauh, terfikir entah-entah budak-budak ini dah kena perangkap agensi minta sedekah macam cerita slumdog milionaire. baik tak yah bagi sebab nanti masuk poket orang lain. tapi kalau memang untuk alas perut mereka-mereka ini macam mana?

nah, nampak tak sebelum nak buat kebaikan atau apa-apa mesti kita akan berkira-kira dan berfikir panjang sampai tak jadi buat. walhal semua itu atas perhitungan Allah. dan sedekah itu rezeki akan dilipat kali gandakan

perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkaiada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha mengetahui. [2:261]

best tak.. tapi, ada syaratnya..

wahai orang beriman! janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhi. perumpamaannya seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. mereka tidak memperoleh satu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang kafir [2:264]

tak tahulah kehidupan klinik untuk pelajar pergigian di tempat lain macam mana. tapi kalau di sini. kebanyakan patient, pelajar kena bayarkan treatment sebab pesakit tak mampu. jarang sekali yang bayar sendiri.

jadi, setiap perbelanjaan walau sehelai bulu, memang pelajar akan berkira sebab kena bayar sendiri. jika nak kata kebanyakan pelajar pergigian di sini agak tidak berwang, memang betul. makan apatah lagi. sebab itu semuanya semakin kurus.  -_-"

cumanya adalah juga terasa sesuatu yang aneh. contohnya, status rawatan orthodontic (pemakaian retainer)


setiap satu bahan biasanya akan dibeli di kedai luar. tapi bila di status kena bayar setiap skru, dawai base dan semuanya. tapi bahan-bahan itu tak dapat pun dari klinik. tapi kena bayar nilai yang tinggi. 

akhirnya bayar lebih kurang 100 ribu untuk sesuatu yang tiada apa-apa di klinik, lepas itu kena bayar di kedai diluar. tapi kedai luar at least dapat barangnya, di klinik tak ada apa-apa. sekadar cop lunas. double bayaran. macam bayar angin.

berbau sesuatu yang fishy tak?

kemana wang itu semua di salurkan? padahal barang tak dapat.

removable partial denture (RPD) kredit gambar

kalau RPD pula, gigi terpaksa beli diluar sebab tak ada pilihan warna yang sesuai. oh, kalau nak tahu gigi kita ini berbaza-beza warnanya tau (bukan warna lain hijau biru segala) -_-". takkan nak main guna apa yang ada. nampak sangat bezanya nanti gigi palsu dengan yang asli. kesian lah pesakit, plus, nilai estetik pun dikira kan dan doktor tak sign kalau warna tak kena, tapi di status kena bayar juga. walaupun beli diluar.

sungguh berburuk sangkanya saya kalau saya kata semua wang ini untuk mengenyangkan perut sesetengah pihak. tapi, tak tahu nak adukan hal ini kepada siapa. administrasi kah, teknisyen kah atau tukang kaunter, lecturer kah. siapa? bising-bising dibelakang tanpa apa-apa tindakan tak ada gunanya kan. atau lebih baik diamkan diri dan buat saja kerja kita dan terus membayar, membayar dan membayar.

entah ah. tapi saya semakin merasakan bahang-bahang ketidak adilan dan korupsi juga sekarang. 

satu lagi peristiwa masa di X, masa itu kami dalam beberapa orang nak berjaulah di satu destinasi. pemandunya E. saya sebagai co-pemandu. tapi jujur masa itu mata dah terpejam tetiba kami kena tahan dengan polis trafik. 

tunjuklah lesen. tetiba pakcik polis cakap

korang ini dah dua kesalahan, takde lesen dan masuk jalan busway

pak, tu kan ada lesen.

lesen tak boleh guna

okaylah kesalahan masuk jalan busway je. 

masa itu masuk jalan busway sebab nak masuk line tol. tak apa lah kena lukis kalau cerita. tapi ayat pakcik polis yang membengkekkan.

"nak saya tolong atau masuk pengadilan. kalau masuk pengadilan kena bayar ______" (sambil-sambil tunjuk list kesalahan lalu lintas)

kitorang mana ada duit sebanyak itu. pastu terpaksa bayar 100 ribu

pastu E kata "rasa-rasanya apa timbangan kita pada Allah?"

permulaan perjalanan yang penuh rasa berdosa gi-la.

entahlah. dunia. memang macam ini kah? rasanya kalau kita perjuangkan yang kita tak salah, ada bukti? sesiapa je boleh saman kan.

sebabkan kertas-kertas yang berwarna yang sebenarnya tiada nilai, ada orang hidup senang dan ada yang hidup merana. ada orang hilang agama, ada orang hilang segalanya, ada orang terpaksa meminta-minta

seriusly, tempat ini tak pernah buat saya benci atau rasa rendah, tak pernah menganggap di sini macam dunia lain sebab perbatasan kepualauan atau geografi atau sebab passport dan kad pengenalan yang berbeza. harapnya sampai bila-bila saya akan rasa macam ini. 

tapi tempat ini mengajar nilai hidup di dunia yang sebenar. kesusahan yang mendorong orang menjadi kejam, menjadi penipu, menjadi pembohong, menjadi tak beradab. di mana saja juga begitu. dan itu yang buat saya benci. yang lemah akan sentiasa tertindas. yang kuat akan sentiasa di atas. 

saya akan ingat

masa saya dihantar ke perkampungan paas di pameungpeuk. orang kampung di situ kata, biarlah diorang miskin kais pagi makan pagi kais petang makan petang, sekurang-kurangnya hasil untuk diri sendiri dan keluarga. tak perlu kerja susah-susah tapi senangkan orang lain. betapa mereka sendiri tak percaya pada pemerintah.

seperti tokoh X kata

"aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa jatuh dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang maha tinggi dan maha besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"

lumpur..


**

p/s: paling tak best bila terpaksa minta duit dekat ayah dengan mak lagi. bukan untuk makan, tapi untuk bayar klinik.

4 comments:

arissa myana said...

waaaaaaaaaaaaa.... sedihnya...

beratnya ujian kt sana... agkny sbb tu kot Allah x hntar saya ke sana T___T

dan kamu yg berada di sana sgt3 tabah dan kuat!

sabar ye yna... inshaAllah, yg hujungny nt akan lebih baik dri yg mulanya...

semoga Allah berkahi mak ayah kita, juga sahabat2 kita dan mreka yg sntiasa brsama kita :)

luv

Nadiah Azli said...

<3
<3
<3
Jazakillah khayran kathera. Rindu pada bumi yang selalu buat kita ingat pada Allah. Mereka hanya cubaan bagimu untuk kamu selalu memikirkan tentang yg haq dan yg batil.

Gambatte ne.
Love.

Liyana said...

muna: setiap ujianNya sesuai dengan hambaNya kan? jika saya di tempat kamu, mungkin saya pun tak boleh tahan. jika dibandingkan dengan orang lain, lagi dahsyat kut ujiannya..
mungkin ada tarbiyah di situ, supaya tak banyak merungut.

bersyukur sangat sebab dikurniakan orang-orang yang memahami di sekeliling. T___T

terima kasih muna..

Liyana said...

nadiah: masih di tokyo? terima kasih sudi singgah. bila lagi mahu ke sini?

setiap apa pun tarbiyah buat kita kan.

<3 arigatou ne!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...