pada satu hari, selepas klinik, saya terus bersiap untuk ke tempat X. amanah besar dilaksanakan di sana. bagi saya, walaupun saya hanya mendengar. kehadiran di situ pun jadilah.
tapi bas terakhir pada ketika itu bas tongfong. tingkap rosak tidak terbuka. sarat dengan manusia di dalamnya, hanya Allah saja yang tahu betapa lemasnya berada di dalamnya. hujan turun nak taknak. sangat lemas. hampir beberapa jam berada dalam kenderaan itu. dengan macetnya, orang kiri dan kanan ada yang terbatuk-batuk. panas. sungguh saya sangat-sangat tak tahan. rasa nak turun di tengah high way pada waktu malam itu.
wang baki yang saya ada ketika itu juga hilang entah ke mana. walhal ada di genggaman. tapi lesap. memang lunyai ketika sampai ke destinasi X. sesampai di sana. sahabat-sahabat sediakan tempat solat untuk saya. sebab tahu saya belum solat. sejuk sikit hati.
beberapa ketika saya tertidur tanpa niat. -_-"
jam 12 tengah malam, semuanya telah selesai, terjaga. ayat pertama saya lontarkan pada mereka.
"saya macam takde fungsi je" (nak nangis kesal tak hengat)
"takpe, tadi ada sebut nama awak"
saya suka travel, sebab setiap perjalanan itu pasti ada tarbiyyah yang Allah akan berikan. dan, ini satu pengalaman yang paling saya taknak ingat.
namun, jika difikirkan. bagaimana, doa seorang musafir itu mustajab. pasti ada hikmah kepayahannya. nah, bukankah Allah dah beri kelebihan kepada orang yang bermusafir. kenapa tidak bersyukur.
besoknya kena bertolak awal lagi kerana ada patient.
saya terbaca satu post seorang sahabat.
sampai satu ketika,
mengisi motor dengan petrol,
lebih diutamakan
daripada mengisi perut sendiri.
kerana kau pasti tahu,
motor tanpa petrol,
pasti tidak akan bergerak,
tetapi manusia,
dia bisa bertahan melebihi jangkauannya,
melepasi batas dan hadnya.
semata-mata untuk jalan ini.
demi kelangsungan dakwah ini.
dan kita pasti diuji dengan sesuatu yang kita paling payah untuk hadapinya. kalau tak, pasti tak rasa teruji kan? dan memang benar, tiada yang enak dan dibentang karpet merah. tidak mengapa, kerana manusia bisa bertahan melebihi jangkauannya, melepasi batas dan hadnya.
***
seseorang pernah berkata, setiap perkataan atau kata-kata yang tidak disertai dengan iman, ianya ibarat satu barisan simbol-simbol yang tiada makna.
tapi jika satu tulisan itu ditulisan dengan satu lonjakan iman yang tinggi, ia dapat menyentuh hati dan melonjakkan keimanan orang-orang yang membacanya.
dan saya sudah lama tidak menulis.
No comments:
Post a Comment