pagi tadi tampal dengan control scaling seorang teteh (akak) tu. ini okay lah lagi. tadi tetiba ramai pelawat dari mana entah. katanya dari malaysia. pastu tangkap-tangkap gambar. patient pun dah segan. tak. ni okay je sebenarnya.
sampai tengah hari, buat 4 tampalan. (jer -_-" ) lambat sebab tunggu doctor scaling masuk pukul 11. pastu tetiba doctor yang tampal nak sign dah status dah siap tampal, tetiba dia sedar ada sesuatu tak kena
tak bayar lagi treatment.
pastu pergi ah bayar. kalau tak dia taknak sign. tapi duit tak cukup nak bayar semua. bayar je dua dulu. sebab pagi itu, sebelum treat patient, pergi ambil injection hep B. kena bayar.
pastu dah rehat, doctor semua takde. bagi je lah patient balik. anak dia dah melompat-lompat lari-lari dah. tunggu lama sangat.
lepas rehat, nak minta sign, dia taknak sign sebab tak bayar lagi dua. wei, stress sedikit. sebab kita takde duit, taknak sign pula. kalau tak sign hari ini, nanti lupa, pastu burn requirement pastu bila nak grad. padahal bukan full treatment pun. preparation je.
tetiba pakcik jual kerepek bagi duit baki semalam. bersyukur sangat walaupun tak cukup juga nak bayar. tapi ada duit nak bayar angkot balik nanti. sibbaik ada kawan-kawan.
itu belum naik turun cari doctor nak buat retainer. memang taknak ambil patient petang. nak balik beli barang. kononnya nak masak nasi kerabu hari ini sebab hari itu bawa daun kesum dari mesia. pagi tadi nak pergi pasar, tak sempat sebab doctor A suruh pegi awal hari ini. ada benda dia nak cakap. jadi, ingat nak beli dekat pakcik jual ikan tepi simpang. tengok-tengok lauk semua dah habis, makcik-makcik dah beli. nak taknak kena beli dekat super indo lepas klinik.
okay, hari yang panjang ini bermula bila dah balik nak pergi superindo...
masa dalam perjalanan balik dengan A, nak pergi beli barang masak. tetiba. baru teringat pagi tadi ada janji dengan doc T sebab nak bagi dia status dengan model untuk complex case bedah. dah halfway. janji pukul 930 masa tu dah pukul 230. mana ada orang cancelkan appointment dengan doctor. tengah sibuk dengan fon, tetiba fon jatuh. mati.
pastu bukak bateri. pastu nak melintas jalan, tetiba ada teksi datang memaksa kitorang beralih nak lintas. pastu baru perasan sesuatu yang tak kena.
benda sangkut yang sama dengan muna tu takde!
saspek, mesti bawah teksi.
pastu memang tepi jalan tu juga cari bawah teksi... takde.
cari lagi...
pastu.....nampak macam kenal. ada bawah tayar!
sedih sangat....nampak kepala je.
kais-kais bawah tayar. nak ambil juga walau apa pun. tak peduli orang sekeliling tengok ke apa. tetiba ada orang jual kentang arab sebelah tu, dia tanya, kenapa ni. pastu dia dengan kawan dia angkatkan tayar teksi tu. ambilkan..... (ekceli dah berkira-kira nak suruh orang teksi alihkan teksi dia. sangat over)
dan.....
T_______________________T
hilang semangat nak buat nasi kerabu.
tapi buat juga. tak sangka nasi kerabu ini banyak benda kena buat. jadi penat sangat sebab takde semangat.
haihhhhh~ dah la orang OKU tu bagi free benda ini.
maafkan saya sebab tak jaga elok-elok...
7 comments:
Salam Yana.
Sedihnya. Nasib baik ada kepala lagi tau. Kawan akak pun ada bagi macam tu juga, sangkut kat fon. Alih-alih tengok tinggal tali je. Dah la orang bagi masa birthday. Sedih sangat. Huhu..
Takpe, jangan sedih-sedih dah. Kalau akak, mesti minta kawan tu belikan baru. Hehe. Takdelah sampai macam tu. Bukan Yana sengaja kan? Ingat, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. ;)
Orang Malaysia rindu sama Yana! *hugs*
haha~ kamu ni sangat kelakar la, as always..:p
hm..sebab tu la benda tak boleh sayang sangat, kalu broken takda la sedih giler2..i used to be like dat too, sedih bila broken atau hilang. tapi something happened to me, sekarang ape2 saja berlaku, dah tak tahu nak sedih macam mana.
sama jugak bila fail paper, tak rasa pape dah, bila pass pon tak rasa happy lebih. fail atau pass cuma rasa bersyukur.
maybe we can adapt with other things too, bersyukur when it matters the most. life has to go on yana, i think u already know that too..:)
well, happy kerja.
Tapi budu Yana sedap. jangan sedih ya Yana. Nanti saya buatkan gantungan baru untuk yana. Special punya!
assalamualaikum wbt...
ya Allah...
yana, ukhwah tu lebih besar dari benda yg sama ng muna tu...
yana, ur health and well being lebih besar dari benda yg sama ng muna tu...
yana, all the best and bad time we've been through lebih besar dari benda yg sama ng muna tu...
yana, u, urself and everything about u lebih besar dari benda yg sama ng muna tu...
because above all,
apa yg kamu beri dan tunjukkan pada saya lebih besar daripada benda yg sama ng muna tu...
p/s: ni, liya la ni, sembang fasal patung gantungan dia yg putus tinggal kepala je tu... hahaa x sangka yna pn leh alami juga haha (x faal2 liya yg kena hehee)
p/s2: tpi creepy gila kot benda tu bila dah putus dua heheee jgn simpan 'bangkai' kalau nmpak scary esp bila malam2 heheee ^^
p/s3: patut lah semalam ng hari ni asyik mimpi yana je... heheee ^^
love u :)
mungkin Allah nk gntikan ngn yg lebih baik dari itu...
bley mintak muna beli lagi,yg lagi besar,,,ye dak muna...
abeh,appoinmnt ngn dc tu pe cite?
cik aninomus: hehee inshaAllah... yang lebih baik yg mahu Dia tunjukkan :)
ohhh yg lagi besar ya...? hehee menarik2... inshaAllah :)
kak erin: haha sama lah lebih kurang pengalaman kita. itulah.. kepala pula yang tercabut. dah lah baru ada kat tangan saya berapa minggu. huhu. ada sentimental value tu...terima kasih kak erin
hansuke: haha tu la cant help it. suka terlebih sayang tanpa disedari. bila hilang atau rosak sedih la pula.. thank you atas nasihat yang membina.
dolat: ayam masak lemak cili api kau juga menjadi pojaan hatiku. terbbbaeeek! eh, takyah lah lat. susah2 je.. ^^
muna: *tak terkata*
"Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)
semoga kita menjadi orang yang dicemburui itu. T_______T semoga. berusaha dengan gigih! dan saling mendoakan agar terus tsabat..dah2.. kamu ini sungguh mengharukan..taknak ah makan cokelat tu.
p/s: liya, tula masa dia kata pasal kepala tercabut tu, terdetik. yg benda ini kukuh n kuat kut buatan dia. last2 memang kukuh pun sebab kena guna kereta nak cabutkan kepala dia. err
anon yg kantoi ^^: ya, pasti ada sesuatu yang lebih baik kan? jzkk ukhtiku.
sibbaik doctor tu kate ok. padahal, dia dah cari saya pagi itu.
Post a Comment