30 Jan 2011

23



wah. minggu ini saya ke tempat yang penuh misteri dan terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. (bajet) usai cuci piring instrument di klinik selepas rawatan terakhir dengan patient terakhir. bergegas pulang. beberapa sms tak terbalas sebab tengah rushing. tetiba satu panggilan masuk terpaksa dijawab walaupun rushing sebab panggilan dari mak usrah. ceh.

sampai rumah terus packing baju, solat asar dan keluar semula. sungguh misteri sekali. jam dah pukul 4. teksi di tahan. nama tempat dituju pun tak pernah dengar. teksi huh pengangkutan paling relevan buat waktu itu. mungkin.

dah setengah jam perjalanan. tak sampai lagi. pastu tanya orang tepi jalan. patah balik, masuk lorong yang sebelum ini terlepas. pastu jalan naik bukit, jalan berbatu-batu. tak pernah di tar. ternyata.

ada anak panah ke destinasi dituju. pastu ikut je anak panah. pastu tetiba dah tak ada anak panah. tanya orang tepi jalan lagi

"terus. belok kiri"

teruskan perjalanan lagi.

masih belum sampai...

belum lagi..

belum..

belum..

belum..

teruskan perjalanan sampai nak dekat setengah jam. tanya orang tepi jalan lagi.

"terus. belok kiri"

ternyata. sangat jauh. pakcik teksi dah tepuk-tepuk dahi. geleng-geleng.

macam tengah merentasi bukit. twit disebelah dah pening lalat. tetiba, masa nak turun bukit, ada sunset disebalik gunung kecil dan sawah padi dibawahnya. capai fon. nak snap gambar. tapi sebab jalan tu berbatu-batu pastu bergegar pastu semua gambar blurr. tsk.

kena hayati dari lensa mata turun ke hati dan dengan setipis iman yang lebih tipis dari kulit bawang untuk mentadabur ciptaaNya. ah, tenang.

destinasi dituju masih belum sampai. tak ada landmark yang jelas. nak call sister yang dah sampai, tak ada line kat situ. fuh, mencabar. tanya orang tepi jalan. buat kesekian kalinya -_-"

"terus. belok kiri"

-_-!

dan..... ada belokan kiri..waaaa akhirnya!!!

tiba di destinasi satu pagar besir tertutup penuh gah warna kelabu. bangunan lama ada dua tiga buah. satu masjid sederhana binaannya di sebelah kanan. lost. tak tahu di mana harus dituju. bangunan depan inikah, di depankah atau di bawah.

"ini anak-anak dari unpad ya?"

mengiyakan

"oh, mereka semua sedang berkumpul di dewan makan"

alhamdulillah. sampai juga walaupun memang lewat. rupanya skrin didepan dan si pemberi dah penghujung petang. huhu.

sebenarnya, tujuan kali ini bukan sebagai peserta, tapi fasi. tempat yang sederhana. tak terlalu selesa tapi kehangatan semangat untuk mencari dari setiapnya yang menambah selesa.

malam itu, masa sedang sesi IPK, dapat sms dari mak (tetiba ada line kat tempat program haha), "happy birthday kak na (besok)" 

orang pertama wish, mak sendiri sungguh sweet. diri sendiri pun terlupa. "terima kasih. yana pun lupa"

"ye la, ulangtahun sakit teruk mestilah ingat. 5x sakit teruk."

T____T

pastu pagi ini bertolak jam 5 pagi pulang. betul-betul lepas solat subuh. tempat itu, dengan isinya. ada beribu makna. bukan mudah nak masukkan air dalam gelas yang kosong dari satu gelas yang penuh, jika gelas itu ditutup kemas. harus buka penutupnya dulu kan? tanah kepulauan jawa ini banyak mengajar. buangkan barier bangsa atau apa pun. tapi nak jadi cerita, tak sangka, seorang peserta itu, orang yang pernah dikenali masa KKN dulu. masa join liqa makcik-makcik local. waaa kecilnya dunia.

****

perjalanan dalam kehidupan tanpa manual memang payah dan pasti sesat. malam semalam, seseorang kata macam ini, setiap usia kita itu adalah tempoh kita menuju Allah. maksudnya dah 23 tahun menuju mati.

dan, memang kena ingat, ulangtahun sakit teruk ibu kita nak melahirkan.

perih risau ayah nak menguruskan

maksudnya, bukan ulangtahun diri sendiri untuk dirai. tapi perngorbanan dua insan yang menyayangi yang perlu diingati.

pagi ini dapat sms dari ayah. julung-julung kalinya lebih dari 5 patah perkataan.

salam. happy birthday.. have a nice, meaningful and fun anniversaryof your birth day. kita orang celebrate dgn mum's delicious instant homecooked nasi lemak for breakfast. yummy.. birthday dinner blum plan lagi..

saja nak buat jeles. buka email ada mail click. "wah what a wonderful birthday morning ada mail click. thankkkyyyyouu!!! spend it wisely u would say" "ya.. ya.. tapi mak belum tahu bout this extra budget."

-.~"

sayang mereka seadanya. juga ibadah.

end

5 comments:

hansuke said...

salam.

i thought as much. happy besday..:P

life is full of mysteries, a never ending to it.

all the best.

Liyana said...

wsalam.

thankyyou :)

arissa myana said...

salam yana

jam dah mati ke?
eheee ^^

x pe la tu...
iA, ad yg lebih baik... RM 1o je pun, kra bole bajet la nape that soon kan? ehee ^^

hey org yg rse diri sndiri misteri tpi sbnrny x, selamat hari lahir ^^

dolat said...

balik rumah kita sambut birthday yana kan? 3 kali kita sambut kan? tehee :D

Liyana said...

muna: wsalam muna :) hehe rupenye tak mati cuma waktunya tak berubah2. mungkin jarum dia dah longgar ke camana. tu la sebab jam rm10 kut.

terima kasih munaku! :) kita dah same umur.. 19! ^^"

dolat: yah, revolusi makan banyak! :) terima kasih semua!!!! sangat menghargainya! *clap clap clap*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...