hari tu pergi mukhayyam. mencabar juga perjalanan nak pergi. sebab dalam rush. dari klinik, masak untuk ahli rumah. hujan pula tambah sejuk lagi. pastu, dapat sms cakap ada orang jemput pukul 4, padahal masa tu pukul 330 dekat klinik. belum packing segala. tapi selamat sampai dengan jayanya. nampak sangat, cabaran sebelum pergi begitu over. hingga boleh mendownkan dan boleh membangkitkan rasa macam nak taknak, ceh. alhamdulillah, Allah beri juga peluang kami pergi.
gambar masa mukhayyam
ya, memang canggih betul rumah-rumah di sini. tsk2.
rupanya dah tengah bulan disember. baru sedar dah nak masuk tahun baru, masa nak buat appoinment dengan pasien, dia kata nak datang next visit next year. rupenya next week je tahun depan itu.
azam tahun ini dah tertunaikah. kejap je masa berlalu. rasa macam baru je tulis pasal HAMKA tahun lepas. tetiba ada HAMKA tahun ini.
sejauh mana azam kita itu dan berapa tingginya cita-cita untuk dicapai. mungkin kerana kita disibukkan dengan pelbagai perkara dalam hidup kita yang membuatkan kita rasa sangat sangat sangat malas untuk fikirkan tentang masalah dunia sekeliling kita
sebab kita sibuk sangat
sebab rasa macam terlalu berat untuk kita ambil peduli. requirement tak settle lagi, grad pun belum. apalagi thesis yang bab satu pun belum settle.
tapikan tapi, sejauh mana cita-cita kita yang satu, iaitu mahu hidup senang selepas dapat bekerja dengan kerjaya yang diidamkan. kemudian kita kemana? bersama keluarga dan hidup senang dan aman damai. melancong ke serata dunia dan akhirnya, tak sempat pun nak tunaikan apa yang kita dah buat untuk dunia. sebab usia kita tak sampai itu.
dan satu lagi cabaran utama kita bila kita rasa mampu ke? padahal kan Allah dah kata yang kita adalah umat yang paling hebat. pastu, rasa macam tak sedia lagi. padahal kan, jika kita tunggu sejauh mana bersedianya kita sampai bila. sebenarnya, patut set in mind yang bukan sudah bersediakah kita untuk menghadapi semua itu, tapi sudah bersediakah kita untuk dididik dengan apa pun yang kita akan hadapi.
kan?
dah bersediakah kita nak dididik?
No comments:
Post a Comment