tetiba dah gelabah ayam. rasanya macam baru je list kan planning tahunan.
sudah pastilah umur meningkat dari tahun ke tahun.
jika...
Mark Zuckerberg mencipta facebook dan kaya raya ketika berusia 20-an. penjumpa yahoo! juga ketika mereka berusia 20-an. penjumpa google juga ketika mereka berusia 20-an. bill gate mencipta windows ketika 20-an. Lenin yang bertanggungjawab tertegaknya komunisme di Rusia selepas berkobar-kobar membaca buku dakyah tulisan Karl Marx. usianya pada ketika itu juga awal 20-an. pemenang master chef baru-baru ini berusia 22 tahun.
imam hassan al banna telah berfikir dan bercita-cita untuk mengembalikan pemerintahan sistem khilafah pada ketika beliau masih bergelar pemuda.
bagi anda, apakah yang mendorong mereka untuk melakukan sesuatu yang voogi de vasss yang memberi kesan kepada dunia. dan semua orang pandang dan mengkagumi apa yang mereka buat.
-
-
-
-
-
-
sebab mereka punya passion dengan apa yang mereka buat. passion yang betul-betul bersungguh untuk laksanakannya.
pernah tengok whitney memasak? nampak macam kecil-kecil cili api tapi boleh masak ayam panggang yang baru lepas terjatuhkan ayam yang sebelumnya dari meja dalam masa 7 minit terakhir. sungguh macho dan hebat sekali bukan? eh.
eh, apa kaitan dengan introduction saya di atas? sekejap. sekejap
pernah tak anda terfikir tentang sesuatu yang anda nak buat untuk dunia. selain tentang diri sendiri.
selain, graduate pun belum, nak fikir tentang ubah dunia
nak kerja yang paling best pun belum, nak nak pula fikir pasal mengubah dunia
nak kumpul harta banyak-banyak supaya boleh hidup senang dan sara family dan melancong serata dunia pun belum, bukan kes saya untuk fikir tentang dunia.
tiba-tiba dah pencen dan masa itu tak habis cuba semua benda yang ada atas muka bumi ini
dan akhirnya habis dah timeline kita ada atas dunia ini yakni mati.
habis itu, apa gunanya kita diciptakan atas dunia ni? takkan saja-saja untuk kita try semua yang ada di atasnya (dunia). baik diletak di tempat lain selain bumi. walhal kita hidup sekali saja. lainlah jika ada 9 nyawa.
kan?
banyak kemustahilan yang timbul
lebih-lebih lagi. kita yang kerdil 1 per (infiniti) penduduk bumi ini nak mengubah dunia. sungguh mustahil.
pernahkah anda terfikir tentang orang-orang di atas. Lenin, Mark Zuckerberg, Larry Page, Jerry Yang dan lain-lain hadapi sebelum mereka buka langkah mereka. ya, sebelum mereka buka langkah untuk buat apa yang mereka betul-betul passion kan itu, berapa banyak kemustahilan yang timbul. mungkin dikata gila, mungkin dikata tak mungkin. mungkin dikata si pelik dan lain-lain. rasa mustahil dari orang sekeliling.
dan mereka berjaya.
sebab mereka berjaya menepis rasa mustahil yang terbina dalam diri sendiri.
kegagalan yang pertama kita buat sebelum kegagalan-kegagalan lain adalah bila kita rasa kita pasti gagal dan tak mampu. sedangkan Allah sudah katakan yang manusia merupakan ciptaan yang hebat terlantik menjadi khalifah di muka bumi ini. bukan saya perahsantan. tapi betul Allah tulis dekat ayat ini.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
oh, siapalah yang lebih hebat selain khalifah muka bumi ini kan? pada ketika itu malaikat dan segala makhluk harus sujud kepadanya.
dan dan dan...mungkin rasa lebih senang menunggu serta beralasan tanpa membuat apa-apa langkah.
beralasan.
kadang-kadang, sedar tak yang bila kita cuba selamatkan diri dari rasa berat dan susahnya cabaran hidup ini, sebenarnya kita sedang beralasan.
dalam kata lain, mengelakkan diri. dan lagi suka buat apa yang kita rasa senang.
dan kita lebih suka menunggu hingga kita rasa bersedia dan tunggu hingga kita rasa mahu. tapi sampai bila? macam mana kalau rasa itu tak muncul-muncul hingga lanjutnya usia kita?
tapi terlupa pula yang setiap kesusahan yang berlaku, Allah naikkan darjat kita
Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
jika anda terfikirlah, terlalu banyak benda tentang diri sendiri kita nak fikirkan hingga kita jadi malas nak fikirkan perkara lain yang luar biasa. luar kotak. dan lagi mudah kita ikut flow saja kan?
hmm saya pun fikir macam itu.
tapi, satu ayat yang feymes selalu tersiar dimana-mana dan pasti anda dah lali dengar;
sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka
memandangkan usia semakin bertambah dan tidak terkurang-kurang, saya sedang fikirkan apa yang saya nak buat untuk ubah dunia?
bak kata seorang sahabat; satu kejayaan itu bermula dengan mimpi. bukan mimpi di siang hari. tapi impian.
kembali kepada kita di dunia ini, ya, betul kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah. tapi adakah beribadah di tikar sejadah sepanjang usia kita. eh, takkan solat je?
saya tinggalkan post ini begini dulu sebab saya nak pergi klinik. mari kita fikir sama-sama.
7 comments:
salam.
btol. atleast buat la sesuatu before we depart to the next life.
dulu arwah ayah saya pernah suh saya buat phd mengenai 'islamic accounting' sebab accounting yang ada sekarang seolah-olah tak islamic. maka macam seperti kamu tulis, kita kena buat something untuk ubah atau contribute to the world sebelom kita pergi.
tapi setelah berbincang dengan arwah beliau kata topik ni amat berat sebab kebanyakkan info mengenai islamic accounting adalah dalam bahasa arab dan french.
nak tak nak saya kena menguasai 2 bahasa ni dulu sebelom melangkah mengambil phd dalam topik ni.
jika suatu hari saya tak sempat, maka anak-anak la yg menjadi pengganti. ustaz pernah berpesan, jika kita tak sempat tapi berhasrat sesuatu maka anak-anak la yang bakal menunaikan hasrat ibu bapa sampai berjaya.
bagi saya banyak cara nak contibute to islam, cuma nak atau tidak sahaja.
selamat bekerja, Dr. Liyana..:)
hebatlaa kak yana^^
bravo,,super nice..;)
actually, rse berkobar2..heh..akk pon cm 2 kn..xkan kebajikan yg Allah janjikn syurga tu hanya solat atas tikar sejadah? musti ade sumthg else..nape manusia ni jarang berfikir kebesaranNya?
astaghfirullah..
jzkk khoir, be part of my lyfe;)
go yana...
tim..
zilal..
hansuke: wsalam. hari tu baru saya jumpa dengan sorang msian ambil islamic banking kat sini. tp tak tau la same ke tak dengan islamic acc.
hm, patutla org kate, zmn sekarang lagi susah nak blaja islam dr zaman dulu.
nk atau taknak saje. all the best hansuke :)
ijan: terima kasih sebab dtg dalam hidup akak jugak. betul ke nak 3rd molar? :)
tim: saya tak suka pergi zilal!!! sebab bila balik ke tempat sendiri sure rindu semua orang T___T
Salam.
utk dlm gambar di blog kami tu, memang ada kak saufi :)
seronok baca blog akak. inspiring and have lots to share. you are a doctor and we are on the way of becoming one. insyaAllah. doakan kami !
hehe.
moga terus tsabat juga ! :)
liyana:
islamic banking dengan islamic accounting tak sama.
islamic banking sekarang ada pendebatan hebat mengenai isu riba dalam transaction itu sendiri, walaupon mereka kata transaction tersebut halal dan "0" interest, tapi hakikatnya riba' juga.
islamic accounting pula sudah lama wujud tapi tak ramai yang menulisnya dengan lebih jelas dan systematic.
kebanyakkan ilmu barat yang ada sekarang seperti yang semua orang sedia maklum adalah asalnya dari islam. dan tidak menjadi mustahil system accounting itu juga asalnya dari islam yang asli. tugas org islam sekarang ialah mencari akar umbi 'accounting in islam' tu macam mana dan memperkenalkan kepada dunia supaya semua org mendapat kebaikan bersama.
thanks for the wish..:)
muharikah akhawat: wsalam. patutlah macam kenal!!
baru je jumpa beliau ari tu tapi sekejap je. masa daurah di sini.
insyaALLAH2..niatkan matlamat lebih besar, pasti matlamat terkecil tak rasa susah nak capai. kalian pasti boleh, all the best! :)
hansuke: tq sebab sudi share. sy tak banyak tahu dalam bidang ini. :)
Post a Comment