20 Oct 2010

tanggal

every cloud has a silver lining

20 10 2010

ada apa pada tanggal

fakta nombor. pada tahun 1177, rakyat muslim mesir melawan penjajahan perancis yang telah mengorbankan 3000 rakyat tidak bersenjata mesir. mayat-mayat dibuang begitu saja di sungai nil. peristiwa ini dikenang oleh rakyat mesir sampai hari ini. 1719, Ochenwall seorang ahli matematik dan ahli falsafah german lahir ke dunia. pada 1756, Tamjidullah I, Sultan Kesultanan Banjar di Kalimantan membuat perjanjian dengan perusahaan VOC dari Belanda. kemudian, 1827 Pertempuran Navarino: armada Turki dan Mesir dikalahkan armada gabungan Britania Raya, Perancis, dan Rusia di Pylos, Yunani. kekalahan ini mengorbankan 6000 tentera turki. 1910 penulis terkenal rusia meninggal dunia. 1935  Mars Panjang yang dilakukan Tentara Pembebasan Rakyat Parti Komunis Cina berakhir. 1973 Opera house Sydney rasmi dibuka oleh Ratu Elizabeth II. 1978 berlaku mogok kilang minyak di iran. harga minyak dunia meningkat dengan rakus. 1978. adib naisyaburi penyair terkemuka iran meninggal. 1999 Abdurrahman Wahid dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-4. 2004 Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dilantik sebagai Presiden Indonesia ke-6 periode 2004 hingga tahun 2009, kemudian pada tahun 2009 SBY dilantik kembali sebagai Presiden Indonesia periode 2009 hingga 2014. (wiki, lintasan sejarah)


pada tahun 2010 hari mengangkat sumpah sebagai doktor gigi muda di klinik kedokteran gigi dan mulut unpad. kemudian taklimat dan judisium sebelum masuk klinik. menyerahkan tandatangan dosen pembimbing thesis ke pejabat besar KPBI. pergi ke super indo untuk membeli barang runcit kerana hari ini giliran group NN memasak untuk ahli rumah 61. namun tersesat jalan sebab tersalah ambil angkot. kena tukar 2 angkot sebab tak tahu jalan nak patah balik. 5000 rupiah terbang begitu saja. sebab dah sampai kedai karpet yang jauh ke hulu. maka berjalan kaki pula ke super indo yang jauh ke barat. juadah hari ini nasi minyak, pajeri nenas, sayur kobis goreng berkarot sedikit sepatutnya-ada-biji-sawi-tapi-tiada-terjual-di-super indo dan ayam masak merah. tidak hadir study group kerana ada liqa maya. tapi liqa maya dibatalkan. kecewa sedikit. (banyak). "awak tak penat ke?" jujur, menjadi penat bila liqa di cancel tadi. pada waktu singkat manapun kita bersama, itulah yang meringankan penat. top up semangat dan energy, waktu itu diganti dengan bahan bacaan petunjuk sepanjang jalan serta assignment yang mahu di compile esok serta buat soalan untuk study group akan datang.

bagaimana untuk uruskan masa supaya ianya terisi dengan perkara yang berbaloi. kerana setiapnya punya harga satu pengorbanan. setiap pilihan ada nilai tersendiri.

mungkin Dia mahu mengajarkan kamu sesuatu hari ini. seperti golongan terdahulu sudah lalui. mungkin masih banyak perkara perlu dibersihkan lagi. walaupun terkadang hilang dalam ramai.

oh, dan hujan hari ini tidaklah sederas kelmarin.

barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya [65:3]

Allahu musta'an..!

20 10 2010

*kadang-kadang kita terlalu berharap untuk difahami. 
dan bukan mudah harapan itu untuk terlaksana
-ayat frust-

2 comments:

arissa myana said...

salam yna...

wahhh berbunyi berat aja...
ujian demi ujian~ semoga mnjadi penebus dosa :)

kdg2 certain ujian dtg dlm bntuk yg sama walau individu yg terlibat mungkin berbeza. tidak mahu brada dlm vicious cycle again... committing the same old mistakes again n agian...

mari belajar daripd hdup :))

hey, all the best ya :)
rindu kamu...snagat.

Anonymous said...

saya nak balik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...