31 Oct 2010

random


pagi tadi, lepas solat subuh semua, terus ke dapur. buat lempeng ongputeh (pancake). tetiba nazmi dan ibunya datang. ibu dia bersiap nak kemas dan siapkan laundry rumah 61. nazmi anak nya tu baru masuk sekolah tadika. bila mak dia pergi buat kerja, dia temankan kat dapur. tengok orang goreng lempeng. still dengan pjama.

pastu dia cakap. "teriguuuu" "bukanlah, ini pancake. cuba cakap. pancake". (padahal boleh je cakap lempeng. tapi saja nak ajar bagi nama english sikit. lagipun tak pandai bahasa sini, entah-entah maksud lempeng tu lain ke) pastu bagi dia makan sekeping dua dengan madu. pastu cakap la ini madu. lebah buat madu. dia tanya lebah tu apa. pastu tunjuk gambar kat botol madu tu ada gambar lebah. (entah-entah lebah maksud dia lain kat sini)

pastu dia macam hafal cakap banyak-banyak kali. "lebah bikin madu lebah bikin madu lebah bikin madu. madu dibikin lebah"

pastu dia tanya...

"lebah dibikin? "

*fikir sekejap*

do i have to have this kind of conversation to this little people?

Allah bikin lebah.
.
.
.

"dah besar nak jadi apa?"

"power rangers"

-_-"

***

semalam dah ACC instrument. dan tak lengkap pula cotton palate dengan sabun antiseptik. tak sempat nak beli dekat kedai besar sebab kedai kecil tak jual masa singgah masa nak balik study group malam itu.

barang instrument mahal sangat. satu probe dah 150 ribu. masa bayar tu terpaksa pejam mata. sebab tak sanggup. dah lebih sejuta habis beli barang-barang instrument.

esok exam. 2 paper. opthamology dengan ENT.

patutnya opthamology (mata) last week tapi tetiba lecturer tak datang.

sebenarnya, masa kelas sebelum itu, doctor mata cakap lah "saya takmo sesiapa datang lambat lagi next time, kalau tak saya tutup pintu. tak boleh masuk kelas. kalau saya lambat, korang semua boleh tak masuk kelas saya sebab saya lambat" (translated)

and then minggu ini kitorang tunggu, sampai 1 setengah jam, rupanya tak datang langsung. tanpa kabar berita. makanya, masa kita itu pun hak milik Allah. even masa yang kita tak nampak, Allah yang punya. jika Dia nak ambil masa kita, even kita dah plan dan manage betul-betul pun, dan kita rasa kita dah kawal masa kita, masa still akan sempit juga.

sebenarnya memang tak boleh nak elak dah lambat ni. sebab bas first pukul 5.45 pagi. kelas pukul 7. perjalanan pula satu setengah jam atau lebih. nak buat cemana dah lambat sebab bas.

semalam dah dapat dental chair. share dengan senior lagi 2 orang. katanya handpiece untuk high speed tak boleh guna. low speed je. tapi tak tahu lagi cemana. tengoklah nak guna next week. first patient dah cop. iaitu lab partner.

sekarang nak fikir pasal bersyukur je. sebab memang ini yang kamu nak. kena terima baik atau buruk dengan hati yang terbuka. walau apa pun yang berlaku dan bukan sesiapa pun yang paksa nak pilih ini semua. memang diri sendiri yang nak. mak dengan ayah pun dah banyak tolong sampai tahap ini. tak tahu nak balas semua ini cemana lagi. belajar sungguh-sungguh, graduate on time and stop whining.

lepas buat breakfast tadi, bertukang sebab semalam baru beli rak buku baru. kena pasang skru dan tukul then, terus pergi rumah D study group. sampai tengah hari.

sekarang kami buat jadual memasak setiap hari. even penat pun kena masak juga setiap hari. balik malam pun kena masak juga. sebab untuk latihan juga bila dah kerja nanti takkan nak makan kat luar setiap hari. pastu boleh belajar masak. mana ada masa dah kalau nak tunggu nanti. ini T yang kata. jadi belajar masak dengan group member yang terer masak. hari itu dia masak something yang tak pernah jumpa seumur hidup. ayam goreng pandan.


bolehlah cuba masak ini untuk ahli keluarga di kampung halaman nanti. 

dalam beberapa bulan tinggal dirumah baru dan ahli rumah yang baru, belajar something iaitu. jangan terlalu memanjakan diri dan membesarlah mental dan fizikal (err). sebab memanjakan diri sangat, kita takkan kemana-mana dan takkan belajar apa-apa pastu akan menjadi pengharap kepada orang lain sampai bila-bila. ayat yang agak kerasnya, manja yang membinasakan. 

sekian.

2 comments:

yanbudakbaik said...

ok!
i'll be waiting here to taste ur 'ayam goreng pandan'(^__^)

Liyana said...

ok! insyaALLAH.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...