pernahkan anda berasa kosong?
itulah yang aku rasakan sekarang ini. sepatutnya ianya content. lagi-lagi berada dalam keadaan yang ramai. jadual yang penuh. masa yang padat.
kadang-kadang rasa hilang arah. tidak tahu apa yang terkawal.
bukan mudah mencari cinta yang kekal. jika kamu sudah menjumpainya, genggamlah ia seeratnya. jangan biar ia terlepas.
kadang-kadang aku cemburu dengan orang-orang yang sentiasa istiqamah di atas jalan yang dipilih. aku cemburu dengan ketangkasan mereka berlari. sedangkan aku sendiri, mahu berlari tapi bagai ditarik-tarik oleh keadaan sekeliling. seperti tiada sokongan, aku berasa sangat perlahan. biarpun hati mahu sangat-sangat berada sebaris dengan yang lain
seperti seorang sahabat yang sangat dirindui pernah nukilkan ini dalam emailnya:
"meminati dari jauh dan berdoa dalam hati, percaya itu berharap bukan?"
ya, harus percaya dan berharap.
meminati mereka-mereka yang sedang berlari laju
kini aku berasa seperti sudah jauh di belakang.
satu masa aku pohon sesungguhnya, moga Dia ringankan urusan duniaku supaya aku dapat tumpukan diri dengan urusan akhirat.
tapi tiada apa yang mudah bila sudah terjebak di dunia yang penuh lumpur. tiada kebahagiaan yang kekal. tiada siapa yang faham apa kemahuanmu yang sebenarnya. dan kau dianggap si ganjil yang menyusahkan. pernah aku nukilkan tentang bila kita berada dalam dua situasi berbeza, berada di dalam kelompok yang faham dan yang tidak. betapa memerlukan usaha yang maksimum untuk benar-benar kukuh apa yang dipegang dan perlu usaha paling tinggi supaya tidak terlarut
bagaimana jika kita gagal. pessimis.
sampai bila harus begini..
*aku harap hujan akan terus turun membersihkan segala yang kotor. kembalikan rasa hijau yang segar dulu....*
2 comments:
saya harap awak orang yang dapat ubah dia. hik3. awak tau saya cakap tentang siapa~lalalalala.
merepek
Post a Comment