18 Oct 2010

hujan



hari ini merupakan hari yang tidak berapa baik buat saya. tapi semua itu sebenarnya benda yang kecil saja. semua orang pun punya rasa yang sama sebab kelas hari ini agak tidak best. sepatutnya oral surgery subject yang best tapi adalah sebab-sebab tertentu yang mendownkan semua orang tadi. jam 1 lebih bas masih belum ada untuk pulang ke bandung. jadi sementara tunggu bas tiba-tiba tertoleh ke arah air kelapa. lalu saya pun beli air kelapa. ada pisang karamel di sebelah kedai air kelapa. saya pun beli juga pisang karamel berperisa coklat dan juga yang berperisa keju. memandangkan belum lunch lagi, apa pun makanan yang masuk ke perut saya pada ketika itu rasa macam sedap pula.

masa itu langit dah hitam kelam. macam nak hujan lebat. sebelum balik saya berikan payung saya kepada kawan saya yang selalu pulang bersendirian. jadi saya rasa kasihan dengan beliau sebab beliau tiada payung. kalau beliau basah terkena hujan dan sendirian, mesti sedih kan. tapi saya tak apa sebab saya nak naik bas.

bila bas sampai, ramai orang berpusu-pusu nak naik bas. saya ada satu taktik nak dapat tempat dan tidak berebut. tunggu saja di pintu belakang sebab orang akan tertumpu di pintu depan. jadi saya dapat duduk di tempat favourite saya iaitu di tepi tingkap.

tiba-tiba bas berjalan. kawan-kawan yang lain belum naik! saya pun call salah seorang dari mereka. bas sudah penuh. jadi mereka tunggu next bus saja.

makanya, kesudahannya saya pulang bersendirian T__T tapi sebenarnya ini bukan masalah besar buat saya sebab saya sudah terbiasa pulang sendiri.

yang menjadikan cerita hari ini agak tragis hujan turun dengan lebat lagi deras dan bas pula bocor! bocor pula di tempat duduk saya saja. (sebab saya toleh ke belakang dan kiri ada bocor juga ke) memandangkan bas memang sudah padat. saya tidak dapat bergerak kemana-mana.

basahlah saya dengan pasrahnya selama 2 jam lebih perjalanan pulang tadi.

bila hujan camni mulalah berasa sayu sedikit. (walaupun saya suka bunyi hujan) saya cuba ambil mood tengok pemandangan luar tingkap. saya suka betul pemandangan dari jatinangor ke bandung. sebab hijau dengan sawah padi, ada rumah-rumah

tiba-tiba mata melekat pada satu tapak binaan, dengan rumah yang sedang dibina, ada pakcik yang tua sedang bekerja menyusun batu-bata. hujan masih lebat. saya masih ditimpa hujan.

hati saya sedikit terzasss sebab pakcik itu pun berbasahan terkena hujan dan mengangkat batu bata, sedangkan saya sedang duduk di atas bas walaupun saya seorang saja yang kena hujan, semua orang tak kenal saya pun. saya pun bukan kenal semua orang di atas bas. saya tak payah angkat batu bata pun.

tiba-tiba saya jadi malu.

hari ini taklah teruk sangat sebenarnya.

6 comments:

pencinta bahasa said...

salam..

selalu kita ingat kita tak bernasib baik, sedangkan ramai lagi yang kurang bernasib baik berbanding kita..kan?
selalu rasa syukur..
things could be worst..

Anonymous said...

salam...yana,saya pun rasa macam awak rasa arini..hehe..tp sy rs kita ptt rs best bila Allah bg perasaan x best kt kita...

anyway..best citer pakcik tue...


"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34

Anonymous said...

pencinta bahasa: huhu kena selalu-selalu tengok sekeliling

anonimus: terima kasih sebab berkongsi rasa yang sama.

dan berkongsi ayat AQ di atas, sangat-sangat menghargainya!

arissa myana said...

wahh... jeles dgn pengalaman best kamu :))

semoga Allah sntiasa memberkahi kamu dan memberikan yg terbaik utk kame :))

dolat said...

saya sedih ditinggalkan puds. walaupun dah selalu dia pulang sendirian. saya pun kene hujan tapi sikit sahaja. masih lena tidur dalam bas dan pergi superindo sebab giliran memasak

Liyana said...

muna: saya mungkin selalu exagerate kan?

dolat: ramai lagi yang temankan kamu.. tak risau kalau sesat jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...