pertama kali menghadapi peperiksaan preclinical dan dinilai oleh lecturer. sambil-sambil ada juga soalan-soalan ditanya. setiap department ada 6 semuanya. operative dentistry (OD), prosthodontic, orthodontic, dental material, radiology, dan periodontic.
satu station yang boleh buat orang gelisah dan susah. bukan kerana payahnya soalan tetapi kerana garangnya lecturer yang berada di station itu.
garang yang amat.
sekali tengok muka dan tingginya suara, boleh lupa nama instrument, lupa steps haihh. mujur ada penghadang antara semua station. maka kita tak dapat lihat orang luar dan sebaliknya. tapi boleh dengar sikit-sikit. station 10. OD. kreji. sudahlah tak faham apa yang diminta. (memang tak faham soalan) di marah dan kena tengking juga. apa saja yang aku boleh buat. tersengih saja kena marah. masa nak tunjuk instrument (mana tahu kena buat simulasi ke) boleh pula di pukul tangan. akhirnya,
"kamu ini ihh semua ga ngerti! bikin saya pusing aja!"
teeeet! 5 minit masa habis. lega. sebenarnya, mahu saja tulis semua yang berlaku di station itu sepanjang 5 minit yang terasa sangat lama itu.
okay, station itu kena repeat
-_-"
dan, setiap apa yang kita buat. apa yang kita jawab akan ditolak markah jika ada yang kurang. markah penuh jika betul.
tiada markah bonus jika kita buat benda extra yang di luar dari skema jawapan
dan ya, lecturer yang begitu detail. walaupun kita dan buat langkah yang sepatutnya, tapi mungkin cara tak kena, markah kurang juga.
dan itu adalah OSCE dengan lecturer di dental faculty di sini. begitu mendebarkan dan menakutkan juga.
bagaimana dengan OSCE dengan Allah.
OSCE kita dengan Allah, tak ada pun dimarah dan ditengking sampai didengar orang kiri dan kanan
result pun tak terus dapat terus lepas exam
kita masih ada peluang nak betulkan mana silap
masa juga bukan setakat 5 minit tapi sepanjang hidup
tak buat kita rasa down dengan apa jua kata-kata yang mendownkan
bila kita tak faham, tersalah pilih instrument
Dia tak salahkan kita. tak pukul tangan serta merta
dan, jika kita buat lebih untuk Dia, kita akan dapat bonus.
betapa Allah itu maha considerate dalam mendidik kita..
tapikan tapi,
disebabkan kita rasa Allah itu considerate. maka, masa 5 minit kita rasa nak hargai sangat-sangat dan buat yang terbaik berbanding masa yang panjang iaitu sepanjang hidup.
lagi banyak nak buat silap dan tak berhati-hati sebab tahu Allah akan ampunkan..dan sebab kita rasa macam ada masih banyak lagi peluang
lupa pula yang Allah juga maha teliti
lagi parah, bila kita memilih untuk berjalan ke belakang instead of jalan ke depan.
dan nak kejar semua jalan kedepan, payah.
hati yang berbolak balik.
futur
memang sukar. lagi kita ditarik kejahiliahan. dan terjerumus kembali.
susah nak ditarik kembali.
kenapa bila kita berada di situasi OSCE yang masanya sangat singkat, lecturer yang sangat strict dan garang serta keputusan diberi serta merta dan agak menekan, kita akan buat betul-betul dan hati-hati.
padahal result dan judisium OSCE yang Allah buat lagi maha dahsyat.
oh, ternyata...
puds
bandung
2 comments:
waaahhh...good luck dear...`~~ :)
tq :)
Post a Comment