16 Aug 2010

daerah ini


aku baru saja sudahkan pembacaan buku "hari-hari dalam hidupku" tulisan zainab al-ghazali al-jubaili. beberapa kali air mata ini tak dapat dibendung lagi. betapa teguhnya keimanan mereka ketika itu. sudahlah disebat dengan tongkat, di hina diherdik, di gantung dan ditendang, di letakkan dalam penjara dipenuhi anjing ganas yang menyiat dan menggigit seluruh tubuhnya, penjara dipenuhi tikus, penjara air, suaminya di paksa untuk menandatangi talak ke atasnya. atas pemerintahan jamal abdul nasser, beliau diseksa seperti seksaan orang lelaki di penjara tentera.

asing

apabila seluruh dunia menganggap kamu bersalah. di psyco mengatakan sahabat dan saudara fillah sendiri meletakkan segala kesalahan yang tidak kamu lakukan. adakah masih teguh pendirian atas syahadah yang kamu yakini. masih tertegakkah jari telunjuk bersumpah mengesakan al khaliq. semalam aku bertanya dengan murabbi. masih adakah lagi golongan islam yang atheist atas muka bumi ini. kejam seperti yang tertulis dalam buku yang kubaca. katanya aku masih belum keluar di dunia sebenar. petikan kata-kata zainab al-ghazali dengan berani..

"kami berkumpul bersama para pemuda ikhwan muslimin hanyalah untuk mempelajari kitab-kitab fikah, hadis, tafsir, kitab mahalli karangan ibnu hazm, zad al-ma'ad karangan ibnu qayyim, at-targib wat tarhib karangan al hafiz al mundhiri, fi zilalil qura'an karangan sayyid qutb, juga teks buku petunjuk sepanjang jalan. kami juga mempelajari sirah rasulullah dan sahabat baginda. kami mempelajari bagaimana mereka melaksanakan dakwah islam ini. semua tindakan ini atas keizinan dan bimbingan ustaz hasan al-hudaibi
sasaran kami adalah pemuda-pemuda muslim. tujuan kami ialah untuk mengembalikan kemuliaan umat islam dan menegakkan umatnya dalam realiti kehidupan di atas muka bumi ini. kami telah mengisytiharkannya.
setelah kami mengkaji dengan lebih mendalam, kami memutuskan untuk menyusun kembali barisan ikhwan muslimin dalam segala segi. kami mula bekerja sedikit demi sedikit, berusaha secara terus-menerus mengumpulkan batu-bata untuk bangunan iman pemuda-pemuda islam yang layak, yang telah hilang di tengah gelojak masyarakat jahiliah. kami juga telah menetapkan bahawa perlaksanaan rancangan ini memerlukan masa 13 tahun. selepas itu kami akan hapuskan sistem republik ini. tetapi apabila kami dapati golongan mukmin yang berpegang dengan prinsip islam kurang daripada 25%, kami akan memeriksa kembali sistem tarbiyah ini dan menambah masa selama 13 tahun lagi sehinggalah seterusnya buat kali ketiga atau keempat. apabila perangkaan menunjukkan mukmin yang beriltizam mewakili 75% rakyat jelata, ketika itu kita akan menyeru kepada penubuhan daulah islam"
jadi apalah yang hendak ditakutkan oleh jamal abdul nasser. apakah pula yang dikhuatirkan oleh para penguasa? ada kemungkinan satu generasi berlalu sebelum cita-cita ini tercapai. jadi apakah yang menakutkan kalian.
kami tidak mempunyai rancangan untuk membunuh presiden. pembunuhan beliau tidak terdapat dalam senarai agenda kami. urusan kami lebih besar daripada membunuh seseorang atau beberapa orang. syor untuk bunuh membunuh kami tolak. sebaliknya penyakit kamu ialah suka membunuh orang-orang mukmin. siapakah yang memerintahkan kamu menyiksa dan membunuh kami? zionisma atau komunisma?
sesungguhnya perkara yang menakutkan orang-orang komunis, membimbangkan orang-orang barat yang sudah murtad dari agamanya (kristian), membingungkan zionisme antarabangsa dan menjadikan mereka tidak tidur lena dan tidak tenteram, tidak lain tidak bukan ialah kembalinya orang islam kepada aqidah mereka yang sebenar dan, tertegaknya syariat islam dan muamalahnya dikalangan mereka
benar! kembalinya islam menakutkan mereka. oleh itu mereka mengintip kami, merisik kami, kemudian memerintahkan sekutu-sekutu mereka menghancurkan orang mukmin. tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya dan menghina orang-orang kafir. apabila kalian membunuh kami hari ini akan datang generasi sesudah kami pula akan mengibarkan bendera islam. adapun majalah muslimat, pejabat markaz amnya dan segala isi dunia yang datang bukan untuk Allah maka kami tolakdan kami tidak terima. kami minta dan memohon hanyalah kepada Allah, berjuang di jalannya dan menegakkan syariatnya"

apa yang aku fikirkan, jika kita setakat terasa asing di dalam satu komuniti. tiada apalah. jika terasa berbeza tidaklah sampai disiksa menumpahkan darah setitis. tiada apa. jika kita dressup berbeza, aktiviti kita berbeza, sosial life kita juga berbeza. itu mungkin tiada apa. disindir diperli juga tiada apa.

aku jadi malu sendiri. betapa banyak berperasaan dengan perkara remeh. walhal diluar sana begitu banyak lagi yang belum dibaiki. aku rasa, kerana terlalu banyak memikirkan tentang diri sendiri. itu yang buat kita terlalu tidak berkepedulian ke atas benda sekeliling. yang tertampak jelas hanya kebahagiaan diri sendiri di dunia ini. sedangkan masih wujud penderitaan yang berjuta. jahiliah yang tersebar luas berlumba-lumba dengan satu keadilan dan keamanan. betullah kata assyahid imam HAB "tanggungjawab melebihi masa yang ada" berfikir untuk berehat, ingatlah jahiliah akan terus kedepan meninggalkan kita.

Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku.. 

daerah ini- algebra

semoga ramadhan kali ini menjadi titik permulaan baru..

puds,
RI zilal
jakarta

3 comments:

Anonymous said...

Странно, искал совсем не это, гугл выдал Ваш сайт, и судя по всему не зря, есть что почитать! Goodwork!

arissa myana said...

wahh... teringin mahu baca :)
trima kasih banyak atas perkongsiannya..

IMU

artsoul said...

saya amat menghargai ini...thanks:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...