7 Jun 2010

realiti

bismillah..

setelah pulang dari daurah hujung minggu lepas banyak mengetuk diri saya sendiri tentang realiti. realiti dan keadaan sekeliling. pemerintahan kuku besi. kezaliman terhadap rakyat. masalah kewangan yang tidak pernah selesai. tetapi yang lebih menghentam adalah tentang diri saya sendiri. banyak perkara yang wajib dibaiki.

melihat keadaan yang hangat tentang isu semasa kini membuatkan saya berfikir dan juga menilai. saya cuba sedaya upaya tidak menghakimi. hanya menganalisa.

isu yang masih lagi hangat sekarang, tidak lain tidak bukan tentang isu serangan israel ke atas kapal bantuan ke gaza. umat mula berfikir dan mencari pelbagai lagi perkara dan realiti yang berlaku. isu umat islam. isu zionis, isu anti-yahudi, freemanson, NWO, protokol konsprasi, illuminati dan sebagainya. apabila kita lihat dari permukaan yang besar.alhamdulillah. semua ini membuka mata golongan yang leka, golongan yang tidur, golongan yang tidak tahu.

mari kita alihkan pandangan dan melihat dari kaca mata yang berbeza.

realiti umat di seluruh dunia

masalah sosial
masalah kezaliman ke atas rakyat
masalah pemerintahan yang korupsi
masalah kezaliman atas manusia
dan banyak lagi

reaksi masyarakat

sememangnya teori-teori sebegini membuka mata pelbagai pihak dan tidak kurang juga yang menolak. ada juga yang mempercayai bulat-bulat. ada yang paranoid dan obses dengan semua perkara. saya tak nafikan bahawa saya sendiri memandang positif entiti-entiti sebegini kerana ia mempunyai logika tersendiri. kezaliman yang berlaku juga di bangkang oleh seantero manusia di setiap pelusuk dunia. tidak kira jenis manusia mengecam sekeras-kerasnya perkara ini.

namun begitu, apakah langkah yang diambil. selain daripada menghebahkan perkara ini? mengeji kezaliman zionis dan sebagainya?

apa yang saya perhatikan, kita lebih kepada menyalahkan dan beralasan. adakah kita hanya mahu menjadi pejuang di belakang tabir sahaja? adakah kita memang dilahirkan sebagai umat yang bersifat defensif?

satu formula mudah

makanan segera/ringan --> orang islam berotak lemah/tidak sihat --> agenda yahudi
media massa --> manusia leka --> tidak mengambil tahu masalah umat --> agenda yahudi
hiburan melampau --> remaja leka --> agenda yahudi
buku teks mengelirukan (konsep tenaga, hukum newton dsb.) --> umat islam rosak aqidah --> agenda yahudi

jika remaja rosak akhlak, kita salahkan ibu bapa yang kurang memberikan didikan sempurna. jika kita ketagih rokok, kita salahkan rakan sebaya yang memberi pengaruh. dan satu hari nanti jika kita disoal tentang dosa yang dilakukan. adakah kita akan beralasan bahawa iblis yang menggoda menyebabkan kita kalah dengan al-hawa. adakah kita sedang beralasan dengan ALLAH? nau'zubillah..astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah!

apabila mula menilai perkara ini, satu persoalan timbul dalam minda, adakah umat islam begitu daif dan lemah sehinggakan semua perkara harus ditujukan kepada orang lain dan tidak di bahu sendiri? kenapa tidak salahkan diri sendiri yang tidak kuat melawan nafsu. kenapa tidak bertanya diri sendiri kenapa terlalu leka dengan hiburan. kenapa tidak tanya diri sendiri? kenapa tidak boleh melawan sendiri semua ini?

persoalan ini membawa kepada satu persoalan baru. kenapa kita begitu lemah melawan segala anasir yang hadir dalam kehidupan dan sekeliling kita? jawapan yang boleh saya bawa adalah kerana pencemaran aqidah.

pencemaran aqidah itu ialah apabila keseluruhan hidup kita tidak sepenuhnya kerana Allah. pengharapan dan kebergantungan tidak sepenuhnya kepada Allah. kita mencari agama dan membaca buku-buku agama kerana takut di kalahkan dengan serangan minda, takut dengan pengaruh illuminati, bimbang dunia di kuasai NWO. kerja kuat bukan kerana Allah tapi kerana mahu kalahkan yahudi. boikot bukan kerana Allah tetapi kerana bencikan yahudi.

cara menyelamatkan umat?

sememangnya mahu membetulkan umat secara total adalah mustahil dan payah. jadi, skop dikecilkan dan masalah sebegini direlasikan dengan diri sendiri. apakah yang boleh saya perjuangkan? tidak berguna jika saya hanya berfikir tanpa mencari solusi. apakah perancangan dan langkah yang saya akan ambil atas semua ini? sebelum ini saya pernah menulis tentang monolog dalam diri tentang kerisauan untuk melepaskan anak sendiri di dunia yang penuh kemaksiatan dan kerosakan.

jadi, azam saya adalah untuk mendidik generasi selepas saya iaitu anak saya dengan aqidah yang benar serta memahami islam sebenar-benarnya. saya tidak akan mendidik mereka membenci sesetengah individu, membenci yahudi mahupun semua orang-orang yang memberi pengaruh buruk untuk dunia. tetapi saya akan mendidik zuriat saya nanti membenci kezaliman, fitnah, dan semua jenis kemaksiatan di dunia ini yang dilakukan tidak kira oleh individu yang beragama islam mahupun tidak. kesimpulannya, semua jenis perkara yang dibenci Allah.

dengan cara ini, segala anasir yang hadir, insyaALLAH dapat ditepis oleh generasi akan datang. tidak kisah segala jenis teori mahupun konspirasi yang baru tercipta pada masa akan datang, akan dapat ditepis.

dan semestinya, sebelum saya mendidik zuriat saya nanti, ia haruslah bermula dengan mendidik diri saya sendiri. ianya harus sekarang, bukan ketika saya diijabkabul, ataupun ketika zuriat itu lahir, tetapi sekarang. masalah yang menjadi punca utama di sini ialah pencemaran aqidah, maka saya harus membersihkan aqidah saya sendiri.

aqidah yang benar adalah sumbernya daripada al quran dan hadith dan bukan dari sumber-sumber dan ketaksuban terhadap pemikiran lain.

segala perubahan bermula dari seorang

pemurnian aqidah ini bukanlah satu perkara yang mudah. ia perlu melalui satu proses pendidikan yang berterusan. ya, satu perubahan bermula dengan seorang. jadi, langkah yang diambil ialah dengan mentarbiyah diri saya sendiri disamping orang-orang lain. bagaimana?

proses binaan batu bata

satu susunan batu bata yang kuat dapat membina satu bangunan yang kukuh. satu bangunan atau dinding yang utuh dan kukuh adalah berasal dari satu batu bata yang mempunyai komponen yang kuat dan bahan yang berkualiti. susunan batu bata yang kuat boleh membina satu tembok yang kukuh. datanglah segala tsunami, ombak besar, angin kencang, musuh mahupun anasir, insyaALLAH tak akan runtuh. umat islam akan kuat apabila bersatu.

sebagaimana rasulullah mengambil masa 13 tahun mendidik 300 sahabat yang mantap aqidahnya. cream of the cream dan batu bata paling berkualiti.  melawan musuh yang 1000 (perang badar). dari dari 300 ini jugalah berjaya mengembangkan jumlah kepada 12000 orang selepas pembukaan kota mekah. dari jumlah ini jugalah satu kerajaan terbentuk. mereka lah qaedah sulbah kepada perjuangan islam seterusnya. daripada aqidah yang benar berkembang biak jumlah islam yang benar-benar cantik kembali dipandang dunia. (ustaziatul alam). tamadun islam.

rasulullah mengambil masa 23 tahun mentarbiyah para sahabat. soalan diajukan kepada diri sendiri. selama manakah diri sendiri perlu ambil untuk memantap jiwa?

berubah dan merubah

proses tarbiyah dilalui dengan berubah dan merubah diri dan orang lain. (dakwah dan tarbiyah) bagaimana Allah mentarbiyah rasulullah dan bagaimana rasulullah mentarbiyah para sahabat? bagaimana rasululah membuang segala sifat jahiliah dalam diri sahabat? semuanya perlu bereperingkat seperti kita tahu proses penulenan minyak perlu peringkat. proses penulenan air perlu peringkat. pembinaan insan hebat juga perlu proses!

masih banyak yang belum selesai

itsar dalam berukhwah
iman dan akhlak
ego

isu buli

bagi saya isu umat islam yang di zalimi di gaza memang patut dicela. kezaliman yang berlaku memang patut dibenci. sama juga bencinya dengan kes pembuangan bayi di mana saja. saya tak nafikan yang saya sendiri marah dengan apa yang berlaku. sedih melihat kesan ketidakperimanusiaan yang berlaku. tetapi, apakah puncanya? kejatuhan khilafah, umat tidak dilindungi. mereka mesti sentiasa diingati. teruskan, istiqamah membantu selagi mampu dan tidak berhenti. doa yang tidak putus.

iklan sekejap

adakah anda masih membaca? terlalu banyak yang mahu saya luahkan. saya sering mengelak untuk menulis dengan panjang lebar dan menggunakan ayat yang sedikit skema kerana saya tahu, bukan mudah menghayati setiap bait kata di skrin dengan tulisan yang tidak terkira. cuba cara ini, buat imbasan satu post. baca dari bawah ke atas. :)

berfikir/percaya bulat-bulat?

kesimpulan

mungkin perkara berbangkit ini agak 'basi' untuk saya utarakan. namun, semua persoalan dan setiap perkataan di sini saya cuba refleksikan kepada diri saya sendiri. saya tahu ia bukan perkara yang mudah dan sekadar suka-suka. tidak mudah mendidik diri yang masih punya hati di kotori karat jahiliah. bukan mudah untuk istiqamah dalam bi'ah yang tidak membenarkan. segalanya mungkin jika berusaha ke arah itu. istiqamah dan semangat! perjalanan takkan bermula tanpa langkah pertama. mulakan langkah!

wallahua'lam..

10 comments:

Nooreena said...

Salam Yana. A VERY GOOD explanation jotted! Tapi ada hal pagi ni. Akak will surely come back untuk mengomen. Take care.

Si Penanya (?) said...

salam aku kepada kamu wahai golongan pemikir (manusia)...

boleh jadi manusia itu sendiri hilang relevennya. lgpun bnyk perkara yang menguatkan konspirasi2 yang wujud di serata dunia ini. katakanlah perkara sama yang kita juangkan semuanya sama dgn ugama lain. keamanan misalnya. oleh kerana sayangkan keamanan dsb, dalam perkara yang sama itu mungkin kita boleh satukan semua manusia. tetapi tidak untuk kita satukan kepercayaan dan akidah. masalah seringkali timbul apabila ada kesatuan yang sebegini wujud utk keamanan sejagat. di mana kesangsian, prasangka dan hasad buruk sgt sukar utk kita elakkan. maka dari mulanya niat yg baik bertukar kepada suatu perkara yg tidak baik. dan perkara sebegini bkn sahaja jadi antara kita dgn agama lain, malah berlaku juga sesama kita se-Islam. persoalannya, apakah kesatuan ummah itu suatu yg mudah? bukan mudah untuk mengumpul fisabilillah di bawah satu redupan yang sama. bukan mudah juga untuk menggerakkan diri keluar dari redupan yang ada dan berjuang di bawah mentari yang terik pula. satu perkara yang kita tidak sedar dalam sedar.

salam

Nooreena said...

@Liyana,
Salam. Apa kaba dirimu di sana? :)

Benar. Kita mahu dunia jadi baik, jadi kita perlu jadi baik dulu. Cara? Yana sudah nyatakan di atas; pembersihan aqidah. Terima kasih ingatkan akak. Selalu terlupa yang kita perlu benci sikap seseorang, bukan benci kepada orangnya.

Tiada perkara yang 'basi' Yana. Selagi ada masalah berkaitan, itu adalah perkara yang perlu kita ambil berat. Menjadi tanggungjawab kita untuk memainkan peranan masing2 untuk mencari solusi dan menyelesaikan; walaupun hanya pertolongan kecil. Allah nilai kan setiap amal kita.

Hm, nak cerita sket..

Sepanjang hari tadi akak beraktiviti dengan adik2, almaklumlah cuti sekolah. Pastu terserempak dengan kawan lama. Ada perasaan gembira & sedih. Gembira sebab dapat jumpa dia, sedih sebab pemakaian dia da berubah. Hm..

Dan tadi duit RM50 hilang. Mula2 akak bising jugak carik2, rasa nak nangis. Then bila baring.. tutup mata.. dan bercakap dengan diri sendiri "rezeki bila2 masa Allah boleh bagi, bila2 Allah boleh tarik. Sama macam ajal, kita tak tahu bila2 masa je boleh mati. Takpe, ni ujian Allah. Ujian tanda dia sayang kat kita.."

Bila da pujuk hati camtu, baru rasa lega.. Alhamdulillah..

Eh silap lak. Komen entah pape kat sini. Maaf..

Yana, akak suka entri Yana yang camni. Banyak yang akak belajar. Bila2 free, tulis la lagi tau. Thank you :)

Liyana said...

penanya: wsalam penanya. rasanya ni pertama kali kamu komen di sini.

apa yang saudara tulis di atas di atas semua adalah satu permerhatian yang sangat2 baik.. teringat saya tentang piagam madinah. persoalan yangg timbul juga buat saya berfikir juga.

jadi, rasa-rasanya, saudara rasa apakah yang kita boleh lakukan?

Liyana said...

kak erin: wsalam. saya baik2 saja. :)

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."

itulah. dah lama rasulullah tinggalkan kita, banyak sangat benda yang dah campur aduk kan. nak bersihkan itu bukan satu benda je.

kisah akak macam cerita kun fayakun tak silap. bila dia bagi sepenuh pengahrapan pada Allah dia dapat ibrah. Allah kan pemberi rezeki. bila satu pintu rezeki tertutup, ada lagi pintu lain yang dibukakan. rahmatNya itu tak pernah putus sejak kita lahir lagi, kalau fikir since dalam perut sampai jadi baby sampai besar, tak pernah Allah tarik pape makanan ke oksigen ke dari kita kan..

bersyukur2..alhamdulilllah...

Nooreena said...

Alhamdulillah.. :)

hansuke said...

salam.

liyana:
saya macam kenal post ini..:)
tahniah, kamu semakin berani dalam menyatakan pendapat tanpa memikirkan apa orang lain akan kata.

hansuke said...

penanya:

salam.

memang sesuai dengan nama saudara sebab kamu penuh dengan pertanyaan..:)

tapi dimana cadangannya?

walau dengan pelbagai soalan yang kamu timbulkan, saya rasa kamu mungkin ada sedikit 'missing the main point' pada post ni.

apa yang saya faham dengan post ni ialah penulis disini cuba bangkitkan isu mengenai 'diri sendiri', iaitu sesuatu perubahan yang perlu ada dalam setiap individu mengikut nilai islam yang sebenarnya, bukan menuduh orang lain mengatakan punca kepada segala masalah islam yang ada pada zaman sekarang.

memang susah sbrnya untuk bersatu hati jika kefahaman individu terhadap agama islam itu sendiri tak kesampaian. misalnya, di malaysia, umat islam bergaduh sama sendiri dan lambak laung nanti orang bukan islam akan mengambil peluang yang ada untuk mencuri tempat untuk mentadbir negara. (saya tidak mahu sentuh lagi panjang kerana ia hanya akan timbul isu politik)

dan disini lah saya rasakan ada benarnya penulis post ini timbulkan persoalan hati dan diri sendiri. dimanakah kita disisi Allah SWT dan peranan kita sebagai umat Muhammad SAW? ramai umat islam yang melaungkan ketidakpuasan hati pada orang lain padahal tak berhenti sejenak dan bertanya pada diri sendiri "apakah peranan diri aku dan apa yang aku mahu lihat pada umat islam yang akan datang?" dsb.

tak perlu saya menjelaskan dengan lebih panjang kerana semuanya penulis sudah pon bangkitkan didalam post beliau.

tahniah saya ucapkan kepada penulis.

wallahua'lam.

Amar san said...

saya pula mengucapkan tahniah kepada hansuke. dan juga penulis, tahniah.

org2 lain takde tahniah, huhu.

XD

Liyana said...

hansuke: macam kenal? :) huhu..tahniah hansuke, komen yang tersusun dan penerangan yang cantik.

hansuke & amar san, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...