14 May 2010

curhat

bismillah..

zalim
selalu mencuri masa orang lain. sebab kadang-kadang masa usrah datang lambat. pastu masa study group pun datang lambat. kadang-kadang itu, tak terfikir pun, bila kita ambil masa orang lain. entah dia dah set jadual nak buat benda lain ke kan. tak pun waktu rehat dia ke. saya sendiri pun, bila dah set jadual, tapi sebab masa kena curi, saya kena adjust balik. padahal matlamat tarbiyah itu kan sangat menjaga masa. T__T

tak adil
diri sendiri suka orang berlembut. tak kisahlah cemana pun. lembut juga. tapikan, tak terfikir pun. diri sendiri itu lembut ke tak dengan orang lain. tak adil kan.

pastu sekarang ini semua benda nak repel. tak boleh dengar nasihat. bukan sebab rasa diri bagus. tapi sebab tak boleh nak dengar orang marah. tak boleh dengar high pitch. frequency rendah. tak boleh dengar sindiran.

bila ada banyak-banyak benda kena buat. dengan nak examnya. rasanya pasal exam itu dah selalu sangat. kebal sikit. bab bila banyak sangat kerja teknisyen. itu belum serangan mental kena campak hasil kerja, kena herdik. kena bongkar dan buat balik. ini memang dah biasa. okay lagi.

presentation. bedebuk dapat topik satu makalah. itu okay lagi. sebab semua orang pun pernah hadapi. topik pertama. bawa laptop dan compile dalam cd. nasib baik ada uknowwho nak tolong. sebab tahu laptop tak boleh burn cd.

jap-jap.. apa masalah awak sebenarnya? semua okay.

tak tahu nak cakap macam mana..biarlah simpan sendiri..

tapi..

saya mahu orang cuba faham saya. saya nampak ok. betul ke saya betul-betul ok.

kalau diam itu. maknanya, memang kadang-kadang kita nak duduk diam-diam. takkan sepanjang masa nak ramah.

*perlu masa untuk berfikir dengan lebih*

lari. serius rasa macam nak balik. jumpa emak. jumpa ayah. cakap dengan emak dengan ayah, yang sebenarnya walaupun anak emak dengan ayah dah besar. tapi sebenarnya dia rasa nak duduk dengan emak dengan ayah. nak nangis pastu tidur atas riba emak. pastu peluk ayah. cakap dia tahu ayah setiap hari penat. sekarang baru dia faham penat ayah itu cemana.
lari itu bukan jalan penyelesaian. lari-lari nanti bila balik jumpa balik benda sama. 

betullah kata seorang sahabat
"saya belajar sesuatu dari kamu. tak boleh judge orang dari luaran. nampak tough tapi sebenarnya lembut hati. tak suka outdoor. tak tahan sejuk. tak suka mukhayyam" 

(-_-)"

kelemahan diri sendiri. tak boleh kena paksa atau rasa terpaksa di kala terhimpit. sabar. diri sendiri suka cakap sabar. berlapang dada. tapikan, betullah juga orang kata. bila kita tengah dalam kondisi sempit. orang suruh sabar, tapikan orang itu tahu ke dah berapa lama sabar tetiba suruh sabar lagi. entah ah. emosi pula sekarang.

dah tak ada masa nak beremosi dah. banyak gila benda.

sebelum kita suruh-suruh orang. kena banyak muhasabah balik diri sendiri. perasaan bila kita ada di tempat orang itu. cuba. cuba merasai apa orang itu hadapai dan rasai.

tak boleh banding orang lain dengan kita. memang tak sama. tak sama langsung. kita rasa kita susah. orang itu senang. tak boleh camtu. penilaian melalu mata kasar memang senang lah. kita pun tak tahu cemana dia hadapi hari-hari dia kan..

kalaupun ada arguement. kita tak sependapat. cuba faham kenapa. sunnatullah. bukan semua orang sependapat. cuba sama-sama cari solusi sama-sama. buka minda, buka hati. tanya diri sendiri. lepas dengar orang beri pendapat. perkataan pertama kita cakap apa? "tak..." atau pun lain... menolak boleh. beri cadangan.

serius tak suka arguement.

bila hati kita ade masalah kita akan kurang sensitif pada ayat-ayat Allah, kurang sensitif pada perasaan manusia lain, kite susah nak terima orang tegur dan beri nasihat

kurang sensitif...

ikhlas ke apa yang di buat untuk Allah? soal diri sendiri semula. kita buat semua ini bukan sebab semangat orang lain salurkan atau ke 'best' an atau ke 'tsiqah' an kita kepada sesuatu. tapi sebab apa. soal semula

adakah lagi rasa ketamakan untuk meraih redha dan syurgaNya. ada tak lagi perasaan itu? biar letih. tapi sebab tamak itu ada. satu pengorbanan pun rasa manis.

dan jangan ade high expectation pada manusia sebab memang kita akan kecewa kalau dia buat salah atau tak capai expectation kita maka kita berharap hanya pada Allah

dan...

berlapang dada....walaupun sukar.

allahumma...astaghfirullah...ya Allah..ya Allah..

Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.


Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.


Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Dia memasukkan siapa yang dikehendakinya ke dalam rahmat-Nya (surga). Dan bagi orang-orang zalim disediakan-Nya azab yang pedih.

[76:28-31]


PANG!!!

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...

biiznillah..innallahma'ana..

-n-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...