12 May 2015

:)

saya berharap sangat saya dapat menulis kembali. ia bukan untuk menghebohkan update diri. diri sendiri bukan siapa-siapa. cuba secebis urat kertas pada sebidah kertas yang luas. lol

konon je. :P

teringat dulu. menulis tentang apa yang berlaku. ia merefleksi. membaca semula pada pandangan kita yang pertama atas sesuatu. kemudian dapat nilai semula diri kita melalui apa yang kita tuliskan

menulis tentang ilmu. ia merefresh apa yang difahami.

menulis melalui hati. ia buat kita refleksi fikrah islam sudah cukup pekat kah ia mengalir dalam diri.

menyaksikan berguguran dan betapa struggle setiap orang untuk teguh berdiri berjalan berlari mahupun duduk atas jalan ini.. bukan mudah.. benarlah kata kata orang..untuk tsabat. kita boleh tsabat. tapi bagaimana untuk sentiasa istiqamah dalam beramal dan mengekalkan fikrah islam dan fikrah dakwah kita dalam diri itu. amat berat dan payah..

setiap orang akan berubah fasa hidup dan setiap apa yangb berlaku adalah yang terbaik. namun, buat lah pilihan yang terbaik...kerana apa yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan kita sendiri!

setelah selesai kuliah. setelah mula bekerja. sedar sedar dah dua tahun berkhidmat. sekejap saja masa berlalu..

sejak habis. Allah tunaikan hajat nak berjalan dengan emak. bonding dengan adik adik. menunaikan umrah.

hari ini rindu baitullah dan tanah haram madinah... sangat....

hari ini genap sebulan satu minggu saya bergelar isteri.

sejauh mana sudah bersyukur?


1 comment:

sakina said...

Salam ziarah...Teruskan menulis ! Moga Allah redha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...