5 May 2012

dua

kredit

ketika di bedah mulut, aku berkenalan dengan seorang akhwat di sini. seorang yang simple dan memang sifat keahkwatan dalam dirinya itu ibarat memang dilahirkan begitu. itulah bezanya mereka dengan tarbiyah di sini dengan aku (mungkin). terlalu banyak sifat yang tidak keakhwatan masih lagi menempel-nempel dalam diri. masih terlalu banyak harus diperbaiki. terlalu banyak.

seperti punya dua personaliti yang berbeza. ketika berada bersama akhwat atau bersama teman sekerja atau keluarga. perkara ini begitu memenatkan. dan adakah kerana aku bukan terdidik dan dilahirkan punya sifat begitu, menjadikan ia lebih susah lagi.

aku terbaca dalam buku istia'ab tulisan fathi yakan.

"saya mengenal seorang da'i yang "memanjat tembok dakwah" tanpa keahlian hingga ia menjadi da'i sebelum waktunya. akibatnya ia menderita banyak "penyakit". Salah satunya dan paling ringan adalah rasa 'ujub di samping banyak bicara dan kasar. Setelah meningkat mencapai posisi yang tinggi, rasa 'ujub, banyak bicara dan kekasarannya pun meningkat, hingga ia tidak bisa mengendalikannya dan akhirnya menjadi penyebab kerugian dan kejatuhannya."

terbakar

perkara ini benar-benar membuatkan aku terfikir panjang. ia terlalu menakutkan.

dan aku membuat kesimpulan sendiri setelah melihat dan mendengar dan diam.

fungsinya sebuah tarbiyah ialah, membentuk kita ketika berada di dunia kita yang sebenar.

kembali kepada basicnya. iaitu niat. betul besar kesan dari niat di langkah pertama. dan perbaharu niat dalam setiap perlakuan.

berkesannya dakwah dan tarbiyah dalam diri kita bukan ketika kita ke daurah yang membakar-bakar dan hebatnya muwajih yang datang dan membakar kita. atau kerapnya kita bercerita tentang usrah dengan murabbi hebat. atau dimana posisi kita dalam satu waqi'. betapa menjadinya adik-adik usrah atau mutarabbi dibawah didikan kita. tidak. bukan itu.

tetapi. bagaimana kita menjalani kehidupan biasa dengan melihat dan beraktiviti sebagai seorang muslim yang faham. muamalat dengan orang-orang sekeliling sebagai seorang muslim yang ditarbiyah seperti celupan dari alquran. dan di mana-mana saja merupakan seorang yang berperibadi muslim seperti yang dibentuk ketika dalam usrah.

baru aku benar-benar mengerti maksud usrah itu dimulai dengan tasbih kafarah dan surah al asr dan di akhiri dengan surah alfatihah. kehidupan kita adalah setelah usrah itu. bukan ketika usrah.

berjayanya satu program kita bukan paling grandnya program yang kita kelolakan, atau berapa ramainya orang yang datang. tapi konsisten dan istiqamahnya ahli berada dalam saf untuk ditarbiyah.

dan kerana itu, hebatnya seseorang dalam dakwah dan tarbiyah kita bukan betapa hebatnya ia berkata, lantangnya ia bersuara untuk menegakkan pendirian, mantapnya ia menguruskan program atau betapa ramainya mad'unya. tetapi istiqamah dan terus kekal di jalan ini sampai akhir hayatnya

betulkan niat

jika berniat kerana murabbi, kita akan sakit jika tiadanya murabbi di sisi. jika kita berniat kerana sahabat ukhwah, rasa itu akan hilang jika tiadanya sahabat di sekeliling kita. jika kita berniat kerana bestnya program atau bagus sekali muwajih yang memberi ketika daurah, kita akan  hilang rasa bila suatu hari semua itu tiada lagi. maka, niatlah kerana Allah dan redhaNya. insyaALLah ia akan kekal hingga akhir hayat kita.

ingatlah, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan 
(HR muslim, Abu dawud dan Ahmad)

wallahua'lam.

kredit

6 comments:

anis shafikah said...

Allahuuu.

yana,sampai ke sini (hati) semoga menempal dengan kuat juga.every word inspiring.hidup yang katanya di jalan tarbiyah namun tanpa sedar mudik ke sana ke mari membawa 'kotoran'

parah.

jazakillah untuk reminder.semoga kita tidak di'filter' atau mem'filter' diri sendiri.

mari berusrah dengan kehidupan.

arissa myana said...

salam wbt,

baru faham ap yg anda maksudkn dgn mnjadi daei sebelum waktu. balutan istiab belum terbuka lagi... iA2 soon :)

atas ap jg walau ap yg berlaku, smoga Allah tetap kukuhkn langkah2 kita semua, kerana Dia, jg bersama Dia :)


moga Allah redha dn mudahkn urusan anda :)

salam rindu,

Liyana said...

anis... insyaALLAH. kita pohon padaNYa kekalkan kita disini..

mari kita sama2 berusaha anis!

Liyana said...

muna: yaaa sebab kurang baik dalam bahasa pertuturan haha. tak tahu nak explain camana. and saya tahu apa yang awak faham. cuma saya tak tahu nak explain camana and saya biar je dengan apa yang awak faham itu.

muna. allahumma ameen. :)

imanDsoul said...

Ya Rahman,ajarkan kami supaya tiap langkah kami, tidak ada sebab lain melainkan hnya untuk mndapat redhaMU T____T

Liyana said...

imanDsoul: jzkk kerana sudi mendengar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...