19 Feb 2012

15 Feb 2012

tahu


"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"



cukup bersyukur

kredit

tadi, ketika di bilik loker hospital, aku ternampak senaskah al quran terletak atas almari berhabuk. tak tahu siapa tuan punya. aku ambil dan duduk membelek-belek isinya. quran majid dan terjemahannya.

tiba-tiba masuk seorang rakan seangkatan yang bukan islam. aku terhenti membelek, katanya, "baca je lah. aku pun ada al quran", sambil tunjukkan novel ditangan.

*senyum*

kami sibuk membelek pembacaan masing-masing. tetiba dia membuka bicara,

ajarkan aku alquran, mana tahu aku masuk islam kau masuk syurga kan?

*senyum*

apa salahnya jika niat bukan untuk berdebat atau bermain-main. tak mungkin berbual beberapa minit boleh menukar aqidah seseorang kecuali dengan izin Allah. ku fikir apa salahnya kongsikan sedikit cahaya.

sambungnya;

aku pernah baca al quran. terjemahan bahasa inggeris. isinya lebih kurang sama seperti bible. tentang kisah nabi, semua agama ajarkan kebaikan.

dan kami berbual tentang sejarah nabi-nabi dan membandingkan dalam bible dan al quran

yang membuatkan aku terkesan apabila dia berkata ini

kita diciptakan di bumi ini pasti ada sebabnya. aku tidak percaya kita dihidupkan hanya untuk sembahyang dan beribadat.

dan dia membicarakan soal takdir. setiap apa yang kita buat semuanya sebab Tuhan yang tentukan. setiap satu keputusan yang kita buat pun Tuhan dah tentukan. walau kita ada peluang untuk buat pilihan pun, sebenarnya pilihan itu pun Tuhan dah tentukan. yang penting kita, buat yang terbaik untuk jadi yang baik.

aku lebih banyak mendengar. memahami.

dengan secebis iman yang ada di hati aku katakan ini

apa yang kau cakap ini macam sama macam maksud dalam surah ni (al fatihah)... aku tunjukkan helaian tafsir yang kupegang

kita percaya Allah itu yang mentadbir alam yang paling berkuasa walau apa yang kita buat dan keputusan kita. dan kita minta pada Allah juga supaya kita sentiasa ditunjukkan jalan kebenaran bukan orang yang
sesat atas dunia ini. sebab atas dunia ini sentiasa ada dua jalan dan akhirat juga ada dua jalan syurga atau neraka.

aku tanyakan apa dia benar-benar percaya tentang syurga neraka, tentang matlamat hidupnya, dia berkongsi buah fikirannya tentang perubahan cara fikir manusia ikut zaman dan kesesuaian kitab-kitab ikut cara fikir manusia ikut zaman, aku terangkan bahawa al quran tidak berubah ikut cara fikir atau zaman, tetapi manusia yang harus ikut apa yang terkandung dalam alquran, sebab ianya manual dari Pencipta manusia buat manusia. dan lain-lain. sehinggalah perbualan kami terhenti apabila patient kes baru masuk. aku tinggalkannya sendiri.

apabila kufikir kembali, kadang-kadang ada orang yang lebih beriman kepada qada' dan qadar berbanding orang yang islam sejak lahir. orang yang berfikir tentang tujuan penciptaan, walhal ada orang islam tidak terfikirkan pun, tetapi ianya belum cukup apabila tanpa hidayah dan hati yang terhijab kepada Allah. orang yang tahu dan membaca al quran, tetapi jika Allah tidak membuka hatinya untuk islam tidaklah itu semua akan terjadi kan

doakan Allah bukakan pintu hatinya.

tapi yang paling membuatku terkesan adalah.........

ALlah telah memilih kita sebagai seorang muslim. lahir sebagai muslim. namun, tidak harus kita kufur dengan nikmat islam dan iman ini. ada orang yang harus berusaha untuk mendapatkan islam itu. ada orang yang tak berpeluang pun merasakan manisnya iman itu.

syukur itu di tunjukkan dengan betapa kita menjaga keislaman ini dan berusaha menggilap ia.

bukan sekadar itu, ini buat aku terfikir lagi tentang

sudah benar-benar islam kah keislaman kita?

kita tidak cukup bersyukur apabila kita sudah berasa cukup.

kredit

semoga Allah menguatkan pegangan taliNya hingga akhir hayat

11 Feb 2012

hubungan

kredit




Nasihat yang berkesan datangnya daripada hati dan bukan daripada emosi. Ambil sedikit masa dan berfikir dahulu sebelum menghadiahkan nasihat atau teguran dengan rasa persaudaraan.
-Dr Zainur Rashid Zainuddin - 

tempoh hari aku bertemu dengan seorang akhwat dari negara kiwi. banyak yang di kongsikan kepada kami semua.

salah satunya, tentang amalan kecil yang kita terlepas pandang. mungkin amalan-amalan itu yang memberi barakah kepada kita suatu hari nanti.

diceritakan seorang akhwat yang bapanya akan dilantik sebagai wali kota, namun dia tahu dia pastilah harus mendukung pemerintahan islam berbanding ayahnya sendiri. ditanya kepada murabbinya

siapa yang saya harus sokong, ayah sendiri atau pemerintahan islam?

ayahmu. sokonglah ayahmu dari segi moral. mudah-mudahan amalanmu berbuat baik dan menyenangkan ibu bapa itu boleh memberi barakah, walaupun kamu menyokong yang sebaliknya dibelakangnya.


mungkin kita banyak tertumpu dari segi teknikal dan terlupa segi ruhiyah.

kita terlupa tentang barakah dalam beramal walaupun sedikit
kita terlupa tentang pembinaan jiwa

jika difikirkan, terlalu banyak peluang yang Allah beri buat untuk kita dalam beramal
sama ada mahu atau tidak
rajin atau malas.

peluang itu boleh diberikan kepada orang lain
atau ianya datang hanya sekali

hidup ini semuanya berkaitan dengan pilihan bukan?

sudah lama tidak menulis sesuatu yang bersifat tarbawi. rasa macam ada sesuatu yang tidak kena

banyak lagi benda belum settle


mengapalah kita sering mengatakan sesuatu dan tidak perbuat?
:(

10 Feb 2012

...

Mourners at the funeral of Asem Bader Waw, a 31-year-old shot dead by a Syrian army sniper in Al Qsair. Jan. 31, 2012kredit

''I cannot understnd how Muslims are talking about Mawlid/Valentine passionately, while they are silent about whats happening in Syria?" -Shaykh Yaser Birjas

terima kasih






wisuda pertama untuk sarjana kedokteran gigi

doakan supaya cepat-cepat selesai wisuda buat profesi dokter gigi pula ya

5 Feb 2012

:']


ada satu lagi kisah yang bagi saya menyayat hati apabila membacanya rasa sangat tersentuh. iaitu kisah anas bin malik. nama manjanya unais. dari kisah bagaimana ibunya memberinya sebagai hadiah kepada rasulullah hingga lah saat akhir hayatnya. betapa sayangnya rasulullah kepada beliau dan bagaimana rasulullah mendidik beliau dengan penuh kasih seperti anaknya sendiri.

satu harapan terbesarnya ingin berjumpa rasulullah di akhirat kelak dan berkata "rasulullah, akulah pelayanmu unais"

betapa rindunya beliau kepada rasulullah setelah wafatnya baginda.

"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

jika kita, apakah selayaknya kata-kata yang ingin kita berikan.

mengimpikan dapat berbulatan dengan Rasulullah di alam kekal itu.. Allah kabulkanlah.. [dib]

membaca kisah-kisah mereka. membuatkan kita terasa sangat dekat.


4 Feb 2012

sunnah

kredit


sunnah terbesar rasulullah?


tears of the sinner

kredit



“Parenting starts before marriage and the first child you’ll raise is yourself.” quoted

kredit
post seperti ini agak menakutkan untuk ditulis. saya betul-betul tak pandai menulis seperti ini semua.

baru-baru ini saya ke jakarta, daurah baitul muslim. bukan pengisian secara umum tetapi ianya lebih terfokus untuk mereka yang berada di jalan dakwah. diberi oleh syuyukh yang mantap dari malaysia.

saya agak skeptikal tentang hal pasangan hidup. harus berhati-hati. takut tersalah langkah. siapa yang kenal saya dahulu dan sekarang pasti dapat menduga apa yang saya maksudkan. akhirnya saya jadi takut dan malas untuk memikirkannya

dan daurah itu menjawab dan mengubah sedikit sebanyak persoalan saya.

tak tahu lah saya sudah cukup bersedia dan layak atau belum untuk menjadi seperti seorang hajar, yang percaya sepenuhnya kepada Tuhannya. masih ingat kisah siti hajar isteri nabi ibrahim? yang ditanya kepada suaminya bukan persoalan kenapa beliau ditinggalkan ditengah padang pasir terik tanpa air, tetapi, adakah ini perintah Allah. lalu beliau redha. benar-benar yakin dan percaya kepada Tuhannya.

seorang khadijah yang begitu percaya dan setia walaupun orang sekeliling meragui suaminya

seperti seorang rumaisa' yang melahirkan ahli-ahli syurga, menerima islamnya bakal suami sebagai mahar. jika membaca kisah beliau ini sering buat air mata saya mengalir. hebatnya mereka

kredit

mereka. sumber inspirasi

mereka ini bermula bukan kerana sudah lama menjalin rasa cinta. tetapi cinta kerana Allah. salah satu phrase yang saya suka,

cinta sejati itu, ia tidak hadir serta merta tetapi ianya di bina. ada orang cinta itu hadir setahun, ada yang 10 tahun.

sebuah perkahwinan itu bukan sekadar untuk menghalalkan perkara yang belum halal. bukan sekadar untuk merasa mencintai dan dicintai. bukan sekadar untuk mempunyai seorang teman di sisi. tetapi ianya suatu tanggungjawab, kesabaran, bersabar dalam mendidik dan dididik. melahirkan rijal-rijal yang akan menegakkan panji islam.

dari mana datangnya seorang anak soleh jika bukan dari ibu yang solehah

berat bukan. tak pasti saya layak dan bersedia atau belum. jika dinilai sendiri. memang terlalu banyak kekurangan yang harus di baiki, terlalu lemah dan rendahnya diri ini. entah-entah syok sendiri saja tapi sebenarnya belum cukup layak digelar daie.

Ketika aku minta yang tampan, aku berpikir sudah cantikkah aku? Ketika aku minta yang cukup harta, aku berpikir sudah cukupkah hartaku? Ketika aku minta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku? Bahkan.... Ketika aku minta yang soleh, bergetar seluruh tubuhku sambil berpikir panjang di hadapan cermin, sudah solehahkah aku? -quoted-

TT______________TT

jika kita mahu kekal di jalan ini hingga akhir hayat, penemanmu itu harus seorang yang mencintai Allah dan jalan ini seperti mana dirimu, dan yang di cari bukan kekasih tetapi seorang suami.

“Your love will be proven when you enter Paradise together.”kredit

jodoh kita memang sudah ditentukan Allah sejak kita di dalam perut ibu kita, cuma kita boleh memilih cara yang paling baik dan mulia untuk diikatkan. janganlah ia dimulai dengan fitnah. pilihlah jalan yang paling baik dan dihormati, yang sangat menjaga maruah kita sebagai seorang wanita.

kredit

“Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya tersirat takwa keimanan.”

siapa, di mana, masanya. yakin kepada Allah.

Allah benar-benar menjaga diri kita
semoga Allah menguatkan hati kita semua.

minggu dua

pagi itu jam 630 sudah ke hospital. terus bertugas untuk jaga malam. pengalaman pertama jaga malam. mungkin tak dapat dilupa. saya ditugaskan untuk control patient post surgery, patient akan di bedah yang tinggal di ward. pastu, tunggu doktor datang visit, saya beri laporan bloodpressure, nadi, respiration dan suhu yang saya ambil.

kebanyakan patient adalah bayi cleft lips. baby kalau apa pun kondisinya, sangat comel. terutamanya waktu pagi, bila mereka tenang. suka senyum. hailaaaaa~ 

ketika visit petang, bila selesai patient di ward yang ditugaskan. doctor minta saya ikut beliau ke ward lain. ward yang disana penuh dengan orang-orang yang sepertisudah nazak. dapat mendengar desah nafas yang deras, dan ada dintara katil sekujur tubuh yang sudah ditutup dengan kain batik. sudah meninggal.

“mati tidak berkurang walaupun sesaat..tak lambat walaupun sedetik.. itulah kematian.”

pasti malaikat izrael ada dimana-mana ketika ini. tak tahula tapi saya sangat-sangat tersentuh dengan apa yang saya lihat ini. patient bedah mulut yang saya visit di ward itu, accident, pecah mukanya, tidak sedarkan diri.



saya tak tahu nak cakap apa. 

malam itu ada patient emergency. accident pecah tulang di dagu. bibir terkoyak. perempuan. surgery dari jam 7 sampai jam 2 pagi. saya di sana hanya pemerhati dan pembantu ambil barang dan jaga lampu. sebab budak baru. bila patient itu menjerit dan menangis kesakitan. speechless.

entah lah saya rasa macam meragui untuk mengambil bidang ini lepas habis belajar. saya tak suka dengar orang menangis kesakitan. lebih-lebih lagi disebabkan oleh saya. :(

malam itu ada sejam untuk waktu tidur saya tidak dapat tidur. beberapa minit saja lagi masuk subuh. saya terus bersiap untuk visit seterusnya ke wad patient selepas subuh.

selepas itu ada seminar untuk 4-5 kes. saya memang sangat-sangat penat dan mengantuk. nak jadi cerita, lecturer seminar suruh duduk depan. nasib tak tertidur.

balik jam 5 petang.

nak jadi cerita, memang saya tak tidur lebih 37 jam. 

tak tahan sangat serius.

mugkin saya seperti ini ketika seminar tanpa saya sedar :-S kredit


saya teringat satu ketika, murabbi saya datang. malam itu beliau jaga juga. dari bekasi beliau ke bandung untuk usrah kami. 

tak tidur. baru saya tahu perasaannya sekarang. memang besar pengorbanan akak.....jika saya jadi beliau, saya tak tahu saya masih kuat atau tidak.

kadang-kadang kita suka menuntut hak kita sampai ada yang tak tertunai. tapi kita lupa, kerana tuntutan kita itu, orang lain terpaksa membuat pengorbanan yang besar.

hanya Allah yang tahu dan dapat balas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...