17 Mar 2014

kahfi

ambil cuti seminggu. teman mak dekat hospital. sebagai waris pesakit. boleh lah tengok doktor dan nurse cek mak. tanya-tanya soalan lebih sikit masa mak kena sign inform consent hihi bajet sangat. takde siapa marah sebab biasanya family member yang curious lebih berbanding pesakit sendiri. normal normal. selalu melaluinya di miri. (bila ahli keluarga tanya soalan sampai tahap berapa percent benda ni success dan lain-lain. mana tahu kuasa Allah.)

sebenarnya dah bagitahu prosedur semua dekat rumah lagi. siap search youtube tengok apa doctor nak buat nanti. saja nak tambah ilmu medical.

ralit baca timeline paper sekarang. sentiasa tertunggu-tunggu update terbaru. mh370. stadium bukit jalil. bomoh. -_-" kajang. hamez suyara. eh.

haritu ikut mak dengan ayah pergi solat subuh kat masjid. dan yang ditunggu kuliah subuhnya. nak tahu juga apa yang mak dengan ayah dengar biasanya di masjid.

tapi agak mengecewakan.

ustaz buka buku dan cerita tentang sifat fizikal rasulullah. maafkan saya. tak layak nak komen apape.

maybe kita sendiri kena trigger somthing untuk ada satu perbincangan dalam keluarga.

dalam kereta

ayah, macam mana kita nak dapat muka bercahaya macam bulan dan perut macam nabi. sebab ustaz tu kata kalau perut buncit tak sunnah. maybe lebih baik if ustaz cakap pasal isu yang berlaku sekarang.

then ayah komen pengisian ni dah memang diberi tajuk setiap minggu. so maybe pasal akhlak rasulullah.

rasanya kalau dia masukkan isu semasa maybe baru macam terkesan sikit. dan muhasabah. contoh kes yang meninggal sebab dadah. umat rasulullah dah jauh dari apa yang baginda bawa. rasanya rasulullah lagi sedih kalau kita tak amalkan apa yang rasulullah bawa dari kita tahu tentang fizikalnya. cara potong kukunya. bau wangian yang macam mana.

bila orang muda tak dekat dengan alquran dan akhlak rasulullah..sunnahnya.

mesti rasulullah lagi sedih bila tengok umat nya sekarang macam ni.

sedih sangat

yang datang kebanyakan golongan ibubapa, camana nak bagi didikan anak-anak generasi alquran.

bila baca banyak-banyak berita update lama-lama rasa.

ini ke fitnah dajjal yang dimaksudkan..

jika ya, ya Allah minta-minta lah keluarga kita terlindung dari fitnah camni.

banyak lagi kerja kita..di mana dicari pemuda kahfi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...