5 Mar 2014

berkat

hampir jam 12 tengah malam. dalam perjalanan pulang dari liqa bersama murabbi. kata nya..

teringat kata-kata seorang ustaz. jangan kata kita ni tsabat kalau belum lepasi ujian masa belajar, pekerjaan, ujian lepas berkahwin, ujian bila dah ada anak-anak.

lalu aku katakan..

patutlah saya tak kahwin lagi, ujian kerja saya pun tak lepas lagi..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [attaubah:24]

sebelum ini sering terfikir Allah itu maha adil. Dia akan mencukupi masa bagi semua orang. 24 jam itu pasti cukup untuk setiap dari kita.

sebenarnya

ia takkan cukup jika Allah tak sertakan dengan keberkatan di dalamnya.

jika kerja yang menuntut 24 jam dari kita, waktu solat harus berkejar, di mana waktu untuk membaca alquran, untuk menyantuni orang lain, untuk berusrah, apatah lagi untuk ibadah lainnya?

bagaimana setiap amal menuntut diperjuangkan haqnya. islam masih memerlukan kita. jika matlamat kita mahu menjadi ahli syurga. apakah amal kita yang melayakkan kita kesana. jika setiap hari kita tiada amal yang selayaknya.

suatu hari masa akan menjadi saksi amal kita. setiap saat, setiap detik.

masa boleh mengubah hidup kita, ia sentiasa berlalu, ia akan berlalu mengubah paras kita, usia kita, 

mahupun perasaan kita.

ia masih sedang berlalu. untuk di akhiri.

hidup ini akan kosong dan tiada ruh jika tidak terisi dengan sesuatu yang bermakna

semoga Allah sertakan keberkatan dalam setiap waktu kita

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).




p/s; berdebar sangat bila dapat misscall dari wad. :S semoga semua patient cepat sembuh

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...