29 Mar 2014

bangkit

chapter 5 muntalaq

memang terasa sangat. lebih-lebih lagi dengan dunia yang penuh fitnah ini.

haritu medical department refer satu patient yang kena steven johnson syndrom (SJS) untuk tengok oral condition dia. sebab patient ada diabetes dan memang susceptible dengan infection.

naik ward tengok sebab patient tak boleh berjalan. seluruh badan jadi melecur.

tanya chief complain dan history dia apa. rupanya patient ini mula-mula gusi luka sebab terkena tulang ikan, gusi bengkak sikit. jadi dia pergi jumpa doktor. lepas itu doktor prescribe 0.2% chlorohexidine (CHX) mouthwash. mouthrinse biasa saja. siapa-siapa pun guna. search juga researh ke pasal ni sebab biasanya SJS akan react dengan drug yang dimakan. memang ada. cuma bilangannya sangat sedikit 16 orang dari 2,195 ada side effect ambil CHX. 0.01% dari 132,087 orang yang ada SJS.

patient ini rupanya tak sesuai dengan active component dengan bahan dalamnya. jadi reaction badan effect seluruh badan termasuk mata seperti melecur dan melepuh. dalam mulut pun. siapa tahu dia ada react dengan sekadar ubat kumur biasa. beliau adalah di antara 0.01% itu.

beberapa minggu lepas dalam surat khabar keluar berita dengan headline melampau "doktor beri racun" "doktor salah beri ubat" yang buat ada seorang bayi yang kena SJS itu. bila baca komen. semua orang yang tak tahu pasa ini suruh saman la dan macam-macam komen lain.

media

sepatutnya educate orang. bila baca rasa macam... errr

patient yang sekarang ini pun sama. jika masuk surat khabar ini mahu headline "doktor beri ubat kumur racun" "lelaki melecur doktor salah beri ubat"

tsk

siapa yang menguasai media yang akan membentuk mindset orang sekeliling. kisah palestne syria dan mesir boleh jadi apa saja.

yang paling tah apape. mh370 pun boleh kata islam yang terorist. tak faham sangat dan bengang sangat

yang  kisah mesir pun lagi lahhh 529!

eii

tanpa sedar sebenarnya kita diserang. dari segala sudut. bukan saja fizikal. malah minda. jarang sekali orang rasa kagum dengan islam. yang mereka tahu, islam adalah pengganas dan sukakan perang.

tapi islam yang ada masih tidur.

dalam bab 5 ini terasa sebab syeikh muntalaq nak highlight kan berapa teruknya islam kena serang, tapi masih ada yang lebih suka beruzlah dan bersendirian. dan mendiamkan diri.

"mereka sangka bahawasanya agama itu ialah pengasingan dan pertapaan dan asyik di dalam wirid dan zikir tanpa dakwah dan jihad

Anehnya ku lihat mereka beriman dengan sebahagian, kelihatan hati mereka kufur terhadap sebagian yang lagi

padahal agama ini mempunyai fardhu, sunat, dan istighfar

agama ini adalah medan jihad, senjata dan para pahlawannya yang menghancur leburkan kejahatan dan penyangak

agama ini memerintah dengan nama Tuhanmu yang mencipta keadilan 

bukan kezaliman dan bukan kewewenangan"

Dr Hissan Hathut

wahai jiwa yang tidur, bangkitlah!

1 comment:

Amar San said...

Bab 5 tu pasal ahli ibadah yg bermain2 ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...