5 Aug 2013

hilang dua

jam menunjukkan ke angka 6 pagi. masuknya waktu subuh sejam yang lalu. pagi itu jugalah dia melipat baju, bersiap untuk ke tempat kerja.

ah teringat waktu belajar di seberang. semua orang lain yang sediakan dan buatkan. memang budaya nya begitu. bukan saja-saja mengada.

beberapa bulan bekerja di kepulauan borneo. baru dia sedar alamnya berbeza. alam pekerjaan. tanggungjawabnya lain macam.

beberapa hari lepas. beg duitnya hilang. di bulan yang penuh barakah. dia tak terasa sangat dengan kehilangan. cuma leceh. kad pengenalan, lesen, tunai.

mujur tinggal di rumah akhwat. ramai yang menghulurkan bantuan. lain-lain kena uruskan sendiri. report polis, buat IC buat ATM card baru.

hilang sesuatu yang penting buat kita dengan hilang sesuatu yang kita benar-benar sayang perasaannya berbeza. jauh berbeza.

teringat pengisian dari murabbi bulan lepas tentang kehilangan. salah satunya kehilangan membuat pilihan. jika sekarang kita di lambakkan dengan pilihan untuk membuat kebaikan. dan kita bebas memilih untuk tidak melakukannya kerana yakin suatu hari nanti pasti peluang itu akan hadir lagi

tapi jika ia hilang.

kita tiada pilihan lagi

dan hati kita mati rasa

ihdinassiratal mustaqim...

berbeza perasannya hilang sesuatu yang penting buat kita dengan hilang sesuatu yang kita sayang.

selamat membuat pilihan!


1 comment:

NA said...

saya hilang Al Quran :(

huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...