13 Feb 2013

selesai

alhamdulillahirabbil alamin

aku sudah sampai ke tanah air. dengan masih punya nafas dan denyut nadi yang biasa.
alhamdulillah telah selesai pengajian dalam bidang pergigian di bandung.

sebenarnya berdebar. entah apa cabaran yang akan aku lalui. kata orang malaysia punya cabarannya tersendiri. yang pasti cerita-cerita yang agak menakutkan medannya berbanding indonesia.

dalam masa dua bulan saja. dua bulan saja aku melalui detik-detik yang sangat-sangat berat. ternyata ujian dalam nikmat senang adalah yang paling berat seberat-beratnya untuk dilalui. hebat buat siapa yang mampu melangkah dengan ringan, hebat juga yang mampu melangkah dengan berat dan merangkak.

pasti aku telah merisaukan akhwat, apatah lagi murabbi ku sendiri.

aku bimbang, adakah aku benar-benar sedia. cukup memenuhi expectation manusia, Allah? goyah.
dan sungguh, aku sangat sayangkan tanah kepulauan jawa itu. di situlah aku lahir, merangkak, jatuh dan bangun semula. disitu aku mengenal akhwat. berbeza sekali perasaan ditinggalkan dengan meninggalkan.

jika kita mengenal sayang dahulu sebelum Allah, pasti kita berasa kesal dengan perpisahan. jika kita mengenal Allah kemudiannya sayang dan cinta, terbit satu harapan

harapan untuk kekal berjalan dan bertemu didestinasi yang sama

yakni syurga

semoga Allah meneguhkan dan menambah kekuatan

5 comments:

hansuke said...

salam.

selamat menceburi alam pekerjaan.

ingat kepada Allah, cari kekuatan. sesungguhnya dunia ini sangat mencabar, kerenah manusia yg bermacam2.

being said that, always ingat farhdu kifayah, then we never get tired of work :)

all the best, selamat pulang!

Anonymous said...

InsyaAllah...doa Ila sentiasa mengiringi Kak Yana. Kuat kak! Sepertimana akak kuat di Bandung. Adik2 yang tumbuh di Bandung, semoga menjadi inspirasi buat akak utk kerja lebih kuat lagi dan bersabar. Semoga Allah redha...^^*

pencinta bahasa said...

salam kak yana.. :)
dah lama tak jenguk blog ni. wahh,tahniah.. alhamdulillah akak dah habis degree. semoga perjalanan hidup akak di malaysia menjadi langkah-langkah yang lebih membina dan mematangkan. ;) semoga Allah permudahkan segala urusan..

Liyana said...

hansuke: lama tak baca komen anda. insyaAllah..dan alhamdulillah.. bagaimana kehidupan sekarang? terima kasih ya atas kunjungan.

Ila: jzkk Ila. haritu pergi RI di malaysia..terasa sangat inferior huhu. walaupun dh 5 thn di sana. masih terasa ketinggalan. dari segi semangat, ilmu dan amal. marhaen nya diri ini. Ila tengok2kan adik2 bandung ya jika ada waktu. harapannya, mereka terbekal dengan kuat untuk pulang nanti.

rindu semua akhwatss

zati: alhamdulillah. future masih lagi misteri. harapnya segalanya berjalan dengan baik. dan menguatkan dan macam zati kata, mematangkan. :) terima kasih ya

hansuke said...

life cam biasa, tapi semakin busy. byk terfikir, rasa cam tak boleh hidup camni selamanya, kena cari kije yg bole relax sikit :)

all the best start kije nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...