19 Oct 2012

januari

memang sudah lama saya tidak berceritera di sini. hidup ini memang tidaklah seindah dan sebaik yang kita sering mahukan. realiti itu kadang-kadang benar-benar menyakitkan. namun, ia semestinya harus diteruskan.

beberapa bulan lalu, saya pernah tuliskan yang saya selesai ujian buat satu department dan tinggal lima lagi ujian yang perlu dikejar.  musim ini, saya bisa ikut 4 ujian alhamdulillah. tinggal satu lagi di musim akan datang. iaitu department orthodontic.

ceritera pahit bermula di suatu hari. saya sebenarnya sudah cukup point untuk ikut ujian orthodontic. tapi saya belum sempat untuk minta tandangan doktor department tersebut. lalu saya berjumpa doktor KPBI yang uruskan ujian, iaitu dr. A.

"doc, saya akan cukup point untuk ikut ujian bagian ortho, yang lain semua dah boleh tinggal ortho je, tapi pada akhir minggu baru saya boleh minta tandatangan, boleh masukkan nama saya dalam cadangan dulu?"

"tengoklah nanti. saya kena tanya doc A2 (doctor department)" *tidak memandang wajah dan tak bertanya nama saya*

beberapa hari kemudian, jadual ujian keluar dan tiada nama saya untuk ujian itu.

dipendekkan cerita saya naik ke pejabat KPBI bersua lagi dengan doktor pengurus peperiksaan itu.

"doc, saya mahu ikut ujian ortho tapi nama saya tiada dalam jadual. kalau boleh saya nak ikut ujian ini sebab tinggal satu je, kalau boleh nak kejar graduasi bulan 11."

"kenapa kamu baru jumpa saya sekarang? jadual dah keluar."

"kemarin saya sudah berjumpa doc, beritahu hal ini sebelum jadual dibuat. saya dah dapatkan tandatangan dari doc A2."

saya serahkan buku requirement saya di atas mejanya.

ada sehelai kertas yang bertandatangan doc A2 saya selitkan dalam buku itu sebagai bukti, memandangkan buku requirement tidak boleh dibawa keluar dari pejabat itu sepanjang jadual dibuat dan sebelum ujian dijalankan.

"kan saya kata tak boleh keluarkan buku ini?"

"saya tak keluarkan buku. saya ambil tandatangan di kertas lain."

dia melihat kertas itu

"kamu ini licik ya, cheating"

huh?! ape bende ni. terang-terang ada tarikh kat situ. takkan tak nampak.

"saya tak keluarkan buku itu, saya ambil di kertas lain. apa cara yang paling baik untuk saya tunjukkan bukti tandatangan saya layak ikut ujian jika saya tidak boleh bawa keluar buku ini?"

beliau merampas buku itu dan "kamu keluar dulu!"

saya keluar dan terus menjemput patient dirumahnya. di atas angkot tiba-tiba dapat panggilan, doktor A panggil. saya pun patah balik ke klinik.

kerani: kamu bawakan status-status patient devit, necrosis untuk pedo dan bridge untuk prostho sekarang.

terus saya bersolat dan mencari status-status yang diminta.

setelah saya beri semua status patient dan diminta tunggu.

saya pergi rawat patient dulu. kemudian datang semula ke pejabat itu. saya dapat dengar mereka yang di dalam menyebut nama saya dan ada beberapa orang lain dengan kata-kata yang mengguris perasaan. saya tak tahu kenapa mereka tak suka sangat dengan pelajar. apalah yang kita dah buat.

tetiba kerani itu ternampak saya diluar. "eh, liyana ada di sini"

dan diminta jumpa doc A tadi.

ayat pertama "ternyata kamu salah. cheating. tidak mungkin...memaksa saya..."

saya hanya memandang tepat ke matanya. saya dah penat sebenarnya. suka hatilah doc nak kata apa pun. saya penat dah. hati saya ketika itu marah dan kecewa. mungkin kerana saya terdengar kata-kata mereka dalam pejabat tadi.

"..jadi ujian kamu buat department ortho pada bulan januari.."

cakap je la dari awal. tak perlu muqaddimah yang berjela.

*pause*

"kamu ujian bagian ortho bulan januari, jadi kamu mau apa lagi?"

"sudah selesai?" dengan kata lain "dah habis cakap?"

"ya sudahlah!"

saya ambil semua file dan status di meja dan keluar. tanpa berbicara apa pun.

dan terdengar dia marah dan mengatakan saya seperti mahu bergaduh dengannya. saya penat sebenarnya mahu melayan orang yang cengir begini.

saya juga marah. kecewa. bukan dia yang tentukan rezeki saya. ini taqdir Allah. cuma tuduhan tak berasasnya itu, macam satu alasan taknak tukar jadual. tak perlu rasanya nak tengok status patient segala.

saya cakap je ngejar bulan 11. kalau tak sempat pun tak apa. tak rugi pun mencuba. tapi sebagai seorang guru yang kerja di pejabat itu, cubalah supportive sikit.

sebenarnya salah saya yang lambat lapor. macam ayah kata, itulah risiko last minit. kena lah hadapi. masa saya tulis ini saya dah tak rasa apa-apa. cuma terasa seperti entah apa-apa. pengajarannya, lapor cepat-cepat.

kredit






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...