6 Jul 2012

requirement



sudah lama tidak bercereka di sini. saya berada di saat akhir pengajian. cuba merebut segala peluang yang ada di depan mata. hu setiap orang menghadapi kesukaran dalam hidup untuk terus berdiri di atas muka bumi Allah ini. setiap orang pasti ada kesusahan sendiri.

sebagai pelajar kedokteran gigi, di sini universitas padjadjaran, bandung indonesia juga punya ujiannya. seperti yang saya pernah tulis di entri ini:


di saat akhir adalah yang paling besar ujiannya. di mana kita akan terbuka dengan ketidak jujuran. tertekan dengan tidak bernasib baik untuk mendapat kes-kes tertentu. saat akhir nya sudah ditentukan. cuma yang belum tentu, adakah kita dapat menghabiskan requirement pada waktu yang ditetapkan.

adakah kita dapat habiskan semua on time?

jika tidak habis on time. akan ada risiko dan tekanan yang lain pula

pada saat akhir itu lah, pasien yang setia tiba-tiba sudah tidak dapat datang lagi. lagi 3 kali aktivasi ortho appliance at least. walaupun tidak sampai sembuh.

jika saya coretkan semuanya, bukannya semua orang mengerti. tapi yang pasti. memang tertekan ah saat-saat akhir ni. bila rezeki dan ketentuan sesuatu perkara bukan atas kuasa kita

ianya ketentuan ALlah. yang boleh kita buat adalah terus berusaha. dan pejamkan mata tentang hasilnya.

ianya ibarat kematian itu telah ditentutkan waktunya, kita tak tahu bila. hanya DIa

cuma kita harus berusaha yang terbaik untuk mendapat pengakhiran (mati) yang paling baik. 

bezanya, pada saat ini, minat kita dan perkara yang cintai dan suka lakukan (dentistry) ibarat sudah mati rasa kerana matlamat untuk ke garisan penamat dengan jayanya mendahului segala yang kita dulunya sukai....

faham ke?

maksudnya kita dan tak rasa suka dengan apa yang kita buat. sebab asyik nak kejar requirement je.

tak tahu adakah keikhlasan di atas segalanya.

adakah ikhlas di atas segala

semoga ALlah ampuni jika sesaat niat selainNya itu tetiba wujud.

ini lagi tertekan dari eksperimen thesis yang bakteria mati dulu. serius. 

dan harus tolak ketepi jauh-jauh perkara-perkara yang bukan waktunya untuk difikirkan.



p/s: minggu depan ujian kompetensi untuk satu department alhamdulillah. mohon Allah permudahkan.
p/p/s: apa pun dakwah harus nombor 1 tahu?

4 comments:

pencinta bahasa said...

salam kak.. :)

sangat faham perasaan tu. semoga Allah permudahkan segala urusan akak.
la tahzan..bittaufik wannajah..

hansuke said...

salam.

ada masa sekali dalam hidup kita akan rasa puas atau seolah give up dengan apa yang kita lakukan, dulunya begitu banyak energi diberikan dan api semangat yang berkobar-kobar akhirnya pudar seolah ditelan air.

tapi kita kena tengok balik apa tujuan kita in the first place, untuk siapa kita lakukannya. dan lain dan tak bukan kerana Allah juga. saya yakin kamu pon tahu pasal ni :)

inshallah, apa2 jua yang kamu lalui, Dia akan membantu, cuma faith harus diteruskan dan jangan sesekali memandang serong dengan dugaan itu. teruskan dengan positive kerana semuanya datangnya dari Allah jua :)

arwah ayah saya dulu berpesan, berjinaklah dengan solat hajat 1 tahun sebelom masuk ke alam perkejaan. dengan harapan, nanti laluan pekerjaan itu senang kita lalui, dan semoga rezeki mendapat tempat kerja itu senang untuk kita miliki.

di sini, saya terfikir benda yang sama. jika dalam hal belajar kamu, solat hajat sudah pon dilakukan setiap malam untuk melepasi sesuatu kerja kursus, pelbagai pula solat itu dengan solat seribu hajat, atau solat hajat surah al-ikhlas 100 dan banyak lagi.

inshallah, segala hal akan senang di lalui. teruskan dengan sabar dan teruskan dengan usaha kamu.

selamat mencuba dan all the best :D

Liyana said...

zati: terima kasih.. senang sangat rasanya bila boleh berkongsi rasa dengan orang lain. semoga Alah permudahkan zati juga :)

Liyana said...

hansuke: terima kasih untuk tips itu. dan anda benar tentang niat.

kerna itu selalu perbaharui niat. dan manusia selalu etrlupa dan selalu kena diingatkan terima kasih banyak ye.

ameen. semoga Allah permudahkan urusan anda juga di masa sekarang dan akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...