1 Jul 2012

muda

ALlah kredit

kemarin, aku ber skype ringkas dengan sahabat yang jauh. sahabat yang bersama-sama mulai menempuh alam tarbiyah dahulu. kata-katanya membuatkan aku terfikir tentang satu perkara iaitu;

hati yang ikhlas, iman yang menyala-menyala, dan amal yang tidak putus-putus memerlukan mujahadah yang sangat besar. 

aku sangat merindui ketika mana mula-mula terjebak dalam dakwah dan tarbiyah. aku rindukan saat-saat itu. jiwa masih muda dan semangat yang bersih.

“rindu rasanya,

ditarbiah,

ditegur bila tersalah,

diingatkan bila terleka,

dipujuk bila terluka.
rindu rasanya,
ditanya,
bila ada yang tak kena.
rindu,
pada dia yang peduli.
dan bila cuba menyimpan rapi, menyembunyikan luka dan segala calar dihati,
dia tahu, dan perasan, ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi.
rindu pada gengaman tangannya, memberi semangat saat goyah.
rindu pada usapan tangannya pada bahu saat sebak menjengah.
rindu pada kata-kata semangatnya.
tak selamanya kita kuat,
dan tak selamanya kita boleh bersendiri.
dan kadang2, yang kita perlukan bukanlah orang yang boleh memahami dan mengerti,
tapi seseorang yang boleh dipercayai, untuk berkongsi.”

kita akan memahami perjalanan ini tidaklah sentiasa dipenuhi kebahagiaan dan kegembiraan bila mana keikhlasan kita diuji bila kita harus sendiri,
susah payah dan pengorbanan yang tidak seberapa diragui dan tak dihargai. dimana ikhlasnya diri jika kita mengharap penghargaan manusiawi
kepercayaan yang kita butuhkan hanya dari Dia. bukan dari jiwa-jiwa lainnya
tiada lagi gurau senda kerana sudah sampai waktunya untuk lebih matang dan serius dalam bekerja
usia kita tak selamanya muda. namunn semangat muda yang kita harus kekalkan


“Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik,”
“Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku”

tiada waktu lagi untuk senda gurau dan bermain-main dengan perkara yang tiada kepentingan, kita bukan lagi adik kecil yang ingin dimanja.

2 comments:

Anonymous said...

saya juga merindui saat2 mula mengenal...

namun tidak selama-lamanya kita akan berada di tempat seorg adek

mungkin ada satu saat,tiada lagi kakak disekeliling

tapi itulah tarbiyyah

keindahan,kenikmatan
walau betapa terasa payah jalan yg dipilih skrg,
namun sungguh bersyukur,kerana Allah memberi peluang kesempatan untuk merasai nikmat dijalan ini,
yg mewujudkan keinginan berbuat sesuatu untuk ummah,
memekarkan keinginan untuk hidup di syurganya..

sebak

Liyana said...

perkara yang paling jauh dan tak mungkin kita capai adalah masa lalu..

semakin lama, ia semakin jauh..

*sigh*

yang penting kita bina sesuatu yang manis apa yang didepan..

bukan kita yang pilih. tapi Allah yang pilih kita. syukur dan genggam erat ia. tsabat dan istiqamah k. (buat diri ini juga)

sebak

jzkk anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...